Mutiara Kata



Program Seni Budaya di Sawah Ring

Semalam, bersamaan dengan 11 Julai 2009, telah diadakan Program Kerakyatan Seni Budaya di Kampung Sawah Ring, Grisek, Ledang. Dimana Majlis Penutup Program ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Seperti yang diberitahu dalam surat khabar Utusan Malaysia, 9 Julai yang lepas, program ini diadakan untuk mengekalkan semangat gotong-royong terutamanya semasa mengadakan kenduri di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran untuk tidak melupakan budaya dan menunjukkan betapa indahnya seni budaya kita.



Antara Artis yang hadir menjayakan Program ini adalah Haziq AF dan Aspalella Abdullah. Selain itu, terdapat juga persembahan Demo Seni Silat Sendeng Malaysia, Zapin dari Sekolah Bukit Gambir, dan persembahan tarian dari Jabatan Seni Budaya negeri Johor. Walaubagaimana pun, saya sendiri pun tak sempat nak tangkap gambar Haziq dan Aspalella, sebab dah nak dekat pukul 11.00 mlm, mereka masih belum buat persembahan lagi. Jadi, gambar yang ada dibawah ni adalah diantara gambar yang sempat saya tangkap sepanjang saya berada di Majlis tersebut.

Untuk memudahkan saya meng'upload gambar, saya pecahkan entry ini kepada 2. Di mana dalam entry ini, saya upload'kan gambar yang saya tangkap pada waktu siang dan entry selepas ini, adalah untuk gambar pada sebelah malamnya pula...

Pameran Dari Arkib Negara...

Saya berkenan dengan Poskad yang kat dalam sampul surat tu. Dijual dengan harga RM10. Sayangnya saya tak bawa duit semasa datang ke Program ni paginya...

Antara peralatan seni yang dipamerkan di bahagian Seni Budaya.

Capal Muar. Juga ada dijual semasa Program ini dijalankan.

Tengok, bukan main besar lagi Capal nih... Capal untuk gergasi nih... hehe...

Lukisan Sawah Ring dan Gunung Ledang.

Antara Lukisan yang dipamerkan.

Jurulukis ada kat belakang tuh... Masa malam Program nih, bukan main buzy lagi bro. sorang nih melukis gambar potrait pengunjung yang datang...

Bahagian Kedai Keropok Losong Bukit Gambir (SAF). Waktu nih, mereka baru saja datang dan tengah kemas-kemas barang untuk berniaga...


bersambung...
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

2 Kata Pelawat:

Anep™ said...

pergh..besau siot capal 2..

AkuroSan said...

ha'ah... serious besar... besar dan berat lak tuh.
huhu...

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top