Mutiara Kata



Cara Memasang Favicon

Ok, disini saya ceritakan secara ringkas apa itu FAVICON. Cuba lihat gambar dibawah;


Lambang yang ada disebelah URL Address yang saya tandakan kotak merah itulah yang dipanggil FAVICON. Selain itu, ada juga orang yang memanggil Favicon dengan nama, website icon, shortcut icon, url icon, atau bookmark icon.

Ok, tanpa membuang masa, dibawah ini adalah cara-cara untuk memasang Favicon bagi pengguna Blogspot.

1. Korang perlu buat gambar/lambang Favicon korang. Cari atau bina lambang yang bersesuaian dengan blog korang, kemudian pergi ke website dibawah untuk meng'convert'kan gambar/lambang korang menjadi Favicon. Sebelum itu, pastikan saiz gambar/lambang kamu itu tidak lebih dari 1Mb.

http://www.iconj.com/icon_generator.php

Kemudian, 'Download' gambar yang sudah siap convert tadi.

2. Selepas itu, korang bolehlah upload gambar yang korang convert tadi di ImageShack atau PicPanda.com. 'Copy' URL gambar yang korang upload tadi, dan simpan dulu di notepad.

3. Login Blogspot. Masuk 'Dashboard > Layout > Edit HTML'.

4. Tekan 'Ctrl+F' pada keyboard komputer kamu. Taipkan '</head>' pada kotak 'Find' yang keluar.

5. Kemudian, letakkan kod dibawah ini,

<link href='http://gambarkamu.jpg' rel='Shortcut Icon'/>


dibawah kod </head>.

6. 'Save' dan lihat hasilnya.

p/s; Sila gantikan tulisan yang berwarna hijau dengan 'URL gambar korang' yang korang letakkan di 'Notepad' tadi.


Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

Cara Membuat Float Image

Macam mimpi saja bukan? Tak pasal-pasal update blog di blogspot yang sudah beberapa bulan ditinggalkan bersawang. Maklumlah... dah sibuk dengan blog yang lagi best dan lagi 'canggih' lah katakan~ huhu~ Alahai, kesian blog 'Strange Girl Stories' nih. Beberapa hari ini saya melihat terdapat peningkatan pada Follower di blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi menjadi Follower di blog ini.

Setelah beberapa bulan meninggalkan dunia 'Blogspot', saya dapati terdapat beberapa perubahan yang telah berlaku di Blogspot. Ok, pasal berubahan tu, saya akan cerita pada entri yang akan datang. Untuk entri kali ini, saya ceritakan bagaimana untuk membuat 'Float Image'. Korang tahu tak, apa 'Float Image'? Ala~ gambar yang macam AdiWidget tu~ huhu~


Ok, caranya begini...

~ First, korang kena upload dulu gambar yang korang nak jadikan 'Float Image' tu. Korang boleh upload di ImageShack atau PhotoBucket.
~ Login Blogspot.
~ Klik 'Layout' dan klik 'Edit HTML'.
~ Lepas itu, cari kod </body>
~ Letakkan kod dibawah ini, dibawah kod </body> tadi.

Image Float Atas Kiri

<a href=' http://www.blogkorang.blogspot.com ' style='display:scroll;position: fixed; top:5px;left:5px;' title=' tajuk korang disini ' ><img src='URL gambar korang'/></a>

Image Float Bawah Kiri

<a href=' http://www.blogkorang.blogspot.com ' style='display:scroll;position: fixed; bottom:5px;left:5px;' title=' tajuk korang disini ' ><img src='URL gambar korang'/></a>

Image Float Atas Kanan

<a href=' http://www.blogkorang.blogspot.com ' style='display:scroll;position: fixed; top:5px;right:5px;' title=' tajuk korang disini ' ><img src='URL gambar korang'/></a>

Image Float Bawah Kanan

<a href=' http://www.blogkorang.blogspot.com ' style='display:scroll;position: fixed; bottom:5px;right:5px;' title=' tajuk korang disini ' ><img src='URL gambar korang'/></a>

~ Sila edit,

Merah: Gantikan dengan URL blog korang.
Ungu: Gantikan dengan tajuk/ nama blog korang.
Hijau: Gantikan dengan URL gambar yang korang upload di ImageShack atau PhotoBucket tadi.

~ Dah siap semua, klik Save.

Ok, Selamat Mencuba~


Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

Award Dari Eibu Junes & Post Terakhir saya?


Lama dah blog ni tak ber'update, sebab saya buzy dengan blog baru saya di wordpress.org sekarang nih. Kepada anda semua yang rajin menyinggah di blog ini, dengan rasa berbesar hatinya saya menjemput kamu semua untuk menjengah blog baru saya di Wordpress.org iaitu, 'Another Strange Girl Stories'. Ada kemungkinan blog ini akan jarang ber'update. Jadi untuk mengetahui apa-apa berita terbaru mengenai diri saya, kamu bolehlah mengetahuinya dengan melayari 'Another Strange Girl Stories'.

Walau bagaimana pun, blog 'Strange Girl Stories' ini tidak akan saya tinggalkan begitu sahaja. Pantauan dari masa-kesemasa masih juga dilakukan. Jadi kamu masih boleh memberi komen, membuat 'Exchange Link', dan menegur saya di 'shoutbox'. Ada kemungkinan, saya akan tinggalkan segala tutorial untuk menggunakan blogspot di sini untuk rujukan saya dan anda semua dimasa akan datang. Manakala posting yang lain-lainnya, akan saya buat di blog Wordpress.org. Selain itu, jika ada sesiapa yang mahu men'tag' atau memberi 'award' kepada saya, kamu masih boleh berbuat demikian. Hanya beritahu saya melalui 'shoutbox', dan saya akan ambil award dan soalan 'tag' di blog kamu dan posting kan ia diblog ini.

Oklah, dibawah ini ada Award yang saya dapat dari Eibu Junes. Maaflah sebab lambat buat posting untuk Award nih.


Apa pun, terima kasihlah sebab sudi beri Award nih pada saya.
Dibawah ini adalah insan-insan terpilih yang saya rasakan sesuai untuk menerima award ini.

http://hawanim.blogspot.com/
http://amirmujahid91.blogspot.com/
http://anamuslimat.blogspot.com/
http://munneechan.blogspot.com/

Sekian sahaja untuk posting kali ini...


Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

Darah Manis


Baru-baru ni saya ada mengajak seorang rakan rapat saya dikampung pergi ke Majlis Aerocarnival yang bakal diadakan di IPT tempat saya belajar pada hari Sabtu atau Ahad ini. Kami ber'sms lebih kurang begini;

F: Askm. Pekaba? ganggu ke? Eh, 25-26 ni ada 'karnival kerjaya & keushawanan bidang penerbangan & earoangkasa' kat MIAT. Ko dah tahu lom?
Saya: Tahu.. Ko nak ikut aku gi sana ker?
F: x boleh la. Aku keje. Ingatkan ko x tau. Sabtu ni kat muar pun ada 'karnival kerjaya' gak.
Saya: Kita gi ari ahad la.. Boleh?
F: 1 hari bertolak. boleh ker? Aku nak jugak gi. Nanti aku tanye tunang aku dulu ye. kalau dia bagi, aku gi.
Saya: ok.

beberapa minit lepas tuh...

F: tunang aku x bg la. dia kata risau 'DARAH MANIS'.
Saya: Dah agak dah.. Ok, x per lah..
F: sorry ek.. jangan marah tau..
Saya: ok.

Hurmm, begitulah al-kisahnya... Waktu rakan saya beritahu dia mahu bertanya pada tunangnya dulu, saya sudah menjangkakan yang jawapannya sudah tentu 'tak boleh'. Alasan yang diberikan pula, kerana Darah Manis. Darah Manis? Darah manis tu sebenarnya apa yerk? Bila orang bertunang jer, mesti dikaitkan dengan 'Darah Manis'. Ada yang kata, darah manis ni adalah ungkapan yang menggambarkan dugaan bagi mereka yang sudah memegang status bertunang. Dugaannya pula tak kira besar atau kecil sudah pasti akan menimbulkan kerisauan dan syak wasangka, tak kira sama ada bagi yang lelaki atau pun yang perempuan. Kalau yang perempuan, jika sebelum ni tidak pernah diganggu atau disapa oleh insan yang bergelar lelaki, mungkin pada waktu ini ia akan menjadi perhatian, dan menerima sapaan dari lelaki lain. Begitu juga dengan si lelaki.

Maklumlah, orang yang sudah bertunang ni wajahnya berseri-seri dari kebiasaannya. Malah kalau boleh dilihat 'aura' yang keluar dari diri mereka, saya yakin 'aura' mereka berbeza dari orang yang belum bertunang dan orang yang sudah berkahwin. Kalau orang yang sedang bercinta atau baru jatuh cinta dikaitkan dengan 'aura pink', boleh jadi orang yang bertunang mempunyai 'warna aura' yang tersendiri. Dan ianya menjadi satu tarikan yang membuatkan orang lain 'berkenan' nak berkenalan atau berkawan dengan lebih rapat lagi dari sebelumnya. Berkawan tu bukannya tak boleh, tapi kenalah ingatkan diri yang sudah pun berpunya dan hampir melangkah ke alam rumah tangga. Waktu-waktu begini, syaitan pula tidak akan senang duduk. Mereka akan lebih hebat menggoda dan meniupkan perasaan syak wasangka untuk cuba meleraikan niat untuk melangkah ke alam rumah tangga. Jika pasangan yang bertunang berjaya melangkah ke alam rumah tangga, maka menangislah syaitan kerana tidak boleh memperdayakan mereka untuk berbuat maksiat lagi.

Saling doa-mendoakan sesama pasangan juga sangat penting pada waktu ini. Berdoalah supaya tabah dan sabar dalam mengharungi detik pertunangan dan seterusnya selamat sampai ke alam perkahwinan. Selain itu perlu juga di ingat tujuan sebenar pertunangan. Bertunang adalah bertujuan untuk berkenal-kenalan sesama pasangan. Berkenalan disini, bukan sekadar mengenali diri pasangan masing-masing, tetapi mengenali ahli keluarganya. Ia juga merupakan jalan persediaan untuk melangkah ke alam rumah tangga. Jangan pula status pertunangan dijadikan tiket untuk tidak menjaga batasan hijab. Perlu di ingat, bertunang bukan bermakna sudah berkahwin.


Amboi! bukan main panjang lagi saya bercerita mengenai pertunangan yerk... hehe... Baiklah, bukan apa... Sebenarnya saya sendiri tidak pasti sama ada saya rasa terkilan atau pun rasa sedih kerana rakan saya tidak dapat menemankan saya untuk pergi ke Aerocarnival tuh. Walaubagaimana pun, saya tidak menyalahkan keadaannya yang memang perlu berhati-hati dan menjaga diri pada waktu 'berdarah manis' nih. Cuma apa yang saya terfikir, saya kini sudah tidak mempunyai rakan yang boleh saya ajak untuk pergi menemankan saya ke mana-mana atau berkongsi apa-apa. Majoriti rakan-rakan saya sudah pun bergelar isteri dan sorang kawan saya yang tinggal ni pun, bakal bergelar isteri juga. Walaupun masih belum bergelar isteri, tetapi sudah nampak keadaan dirinya tidak akan mempunyai waktu untuk bertemu dengan saya sebagai seorang rakan. Sedangkan saya adalah rakannya yang perempuan, bukan lelaki pun.

Tapi tak aper lah. Apa yang boleh saya buat, hanya cuba memahami keadaan dirinya. Saya akui, saya tidak pernah bercinta, bercouple, apa lagi bertunang. Saya tidak mempunyai pengalaman untuk berkata mengenai hal ini semua. Tetapi melihat apa yang berlaku pada rakan-rakan saya, saya cuba belajar, ambil iktibar dan memahami. Mungkin ada sesetengah perkara yang saya tidak setuju. Terutamanya mengenai couple dan bercinta. Ada sesetengah lelaki yang beria-ria mengkontrol teman wanita atau bakal isteri kerana mahukan teman wanita/bakal isteri yang bagus dan baik, sampai nak keluar rumah pun, kena minta kebenaran darinya. Tetapi dalam masa yang sama, dia sendiri tak sudah-sudah enjoy dan bersuka-ria bersama rakan-rakannya. Ada pula sesetengahnya yang beria-ria menyuruh teman wanita/bakal isterinya menutup aurat bila keluar rumah. Hurmm... ok lah tu. Tapi yang jadi tak ok nyer, bila keluar dengan dia, boleh pulak suruh tanggal tudung. Alasan, "Alah... saya kan bakal suami kamu..." (Subhanallah... minta dijauhkan diri saya dengan lelaki-lelaki yang sebegitu...)


**************


Diwaktu artikel ini ditaip, saya masih lagi berstatus 'single' dan 'bujang'. Kalau menjadi, tak lama lagi blog ini akan bertukar domain dan akan berhijrah dari Blogspot ke Wordpress.org. Saya harap, artikel 'Darah Manis' ini akan menjadi peringatan untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya. Jika pada masa akan datang, giliran saya pula berada di alam pertunangan dan blog ini masih wujud, Semoga entry kali ini akan dapat saya baca semula untuk peringatan pada diri saya pada waktu itu nanti...

Sekian, entry kali ini...
~Kepada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman waktu bertunang, atau ingin memberi sebarang nasihat, boleh lah menaipnya diruangan komen ya... Terima kasih...


Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

My Short Stories..

Ada macam-macam yang nak saya ceritakan sebenarnya. Untuk memudahkan pembacaan, biar saya cerita secara ringkasan sahaja.


~ Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Azahamin kerana telah memilih saya sebagai pemenang untuk contest 'Selamat Pengantin Baru' yang telah diadakan pada 9 Jun 2009 yang lepas. Kepada sesiapa yang masih belum membaca sambungan cerita yang saya buat untuk contest ini, kamu boleh membacanya disini... Hadiah yang diberikan adalah 'Hosting 1GB with 10GB bandwith for 1 year + Domain for 1 year + A collection of Audio Talk on Love Management'. ARIGATO GOSAIMAS buat Azah...

~ Terima kasih saya ucapkan kepada Fifie Ierina dan iza~de~bintang kerana menegur blog saya yang tidak boleh diberikan komen. Sebenarnya, saya pun tak pasti macam mana bahagian komen tu boleh jadi macam tuh. Apa pun, saya dah pun mengubah 'setting' pada bahagian komen tu. Harap, takkan ada apa-apa masalah lagi untuk meninggalkan komen pada entry saya ya...

~ Esok, 19 Julai 2009, akan diadakan 'Majlis Kenduri Kesyukuran' dirumah saya. Majlis ini dibuat atas nazar mak saya, iaitu;

- Abang no. 3 yang sudah mendapat pekerjaan setelah bergelar penganggur selama lebih kurang 3 tahun.
- Berjaya menyelesaikan hutang belajar Abg Long saya dengan pihak HPJ.
- Dan kejayaan saya menamatkan pengajian di UniKL MIAT.

~ Semalam saya telah mendapat tempat untuk bekerja disebuah Kedai Baju dikampung saya. Gaji yang diberikan, sehari RM17. Tak boleh cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi buat masa nih, saya belum mula bekerja lagi. Saya confirm'kan dengan Tokeh Kedai untuk mula bekerja pada 17 Ogos 2009. Harap-harap, tokeh kedai tu tak cari orang lain yerk... Sebelum nih pernah isi borang untuk kerja di sebuah Farmasi, tetapi tiada jawapan. Pernah isi borang kerja part time 7eleven. Syukur juga tak kerja disitu, sebab dah ada yang mengingatkan pasal ARAK yang dijual di 7eleven. Mujur saya tak kerja disitu.

~ 14 Julai 2009 yang lepas, arnab yang saya bela telah beranak buat kali yang ke-3. Beranak 12 ekor, tetapi sekor pun tak hidup. Sungguh saya tak tahu nak buat macam mana. Sebelum ni dah pernah beranak 11 ekor, pun mati semua sekali. Sayang betul. Ibu arnab tu tak nak menyusukan anak dia. Kepada sesiapa yang membaca entry ini, dan pernah mempunyai pengalaman membela arnab, harap dapat memberikan tips kepada saya, bagaimana caranya nak membela anak arnab yang baru lepas beranak nih. Sedih saya tengok. Setiap kali beranak, pasti akan mati semuanya...

~ 25 dan 26 Julai 2009, tempat belajar saya, UniKL MIAT akan mengadakan AEROCARNIVAL buat kali yang ke-2. Insya'Allah kalau sempat, saya akan menjejakkan kaki ke sana. Kalau Aerocarnival yang sebelum nih, ada dibuat sesi untuk interview kepada sesiapa yang nak mencari pekerjaan dalam bidang Aviation. Tapi untuk kali ke-2 nih, tak tahu la ada ker tidak. Agaknya kalau dapat hantar resume jer pun, dah kira ok kot. Kalau nak interview time tuh, rasa macam tak sedialah pulak...

~ 14, 15, dan 16 Ogos 2009 akan datang, akan diadakan rombongan ke Kelantan dan Terengganu under UMNO di kampung saya. Saya dan Mak, adalah salah seorang yang terpilih untuk menyertai rombongan berkenaan. (Bekas AJK UMNO la konon-kononnya... tu yang dapat pergi tu... hehe...)

Ok, sekian saja celoteh saya untuk kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada kamu yang sudi membaca celoteh saya ni sampai habis. hehe...
Thanks...


Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top