“Shifa, Selamat Pengantin Baru. Tahniah la. Tak sangka aku kau dah kawin.” ujar Saffa, teman lama Shifa ketika di bangku sekolah dulu.
“Sama-sama Saffa, sampai jugak kau kat wedding aku ni.” Shifa membalas.
“Mestilah sampai, kawan aku yang nak kawin. Takkan aku nak lepas peluang. Lagipun dah lama tak jumpa kau. Rindu gile la kat kau.” Saffa menyampaikan rasa gembiranya bila berjumpa dengan Shifa.
“Aku pun rindu kat kau. Kau la…buzy je memanjang, nak jumpa kau pun selalu kena wat appointment. Eh, kau nye wedding bila plak?” banyak soalan yang ingin Shifa utarakan padanya.
“Alaa kau ni, kau tau2 la aku ni… belum ada jodoh lagi. Emm… mane Mr. Topo nye? Nak jugak aku tengok teman sehidup semati kawan aku yg sorang ni.”
“Oh… kau tak kenal lagi ek Mr. Topo, hm….” … sambil mencari-cari suaminya, Shifa menundingkan jari … “haa..tu dia, tengah makan ngan member dia.”
“Tu Mr. Topo? Mr. Topotato?” tanya Saffa dengan nada terkejut.
“A’ah, kenapa? Handsome kan laki aku?” balas Shifa dengan perasaan penuh bahagia.
“Err… sebenarnya Shifa, Mr. Topo tu…dulu…aku dan dia…em… sebenarnya… dia ex-boyfriend aku.”
“APA??????” jeng jeng jeng….
Wajah Shifa yang pada mulanya gembira kini bertukar menjadi merah padam. Saffa yang agak terkejut dengan perubahan wajah Shifa menjadi serba-salah lalu cuba memperbaiki keadaan. Sambil tersenyum, Saffa berkata,
“Ah, Shifa… Aku bergurau jer sebenarnya tadi… Tak usah ambil serious lah yerk.. hehe… Tengok muka kau, dah macam apa daa… haha…”
Wajah Shifa yang tadinya agak berkerut kini kembali tersenyum dan ketawa…
Mr. Topo yang baru lepas makan bersama kawan-kawannya datang mendapatkan Shifa. Tetapi langkahnya terhenti apabila terlihat Saffa yang sedang bergelak ketawa bersama Shifa. Dengan serta-merta, Mr. Topo berpusing balik ke meja makan lalu mengambil dulang berisi air siren (sirap+oren) yang sudah dituang ke dalam gelas. Dengan menyembunyikan muka pada gelas yang terletak diatas dulang, Mr. Topo pun berpura-pura melayan tetamu sambil mengintai-ngintai ke arah Shifa dan Saffa. Seorang pelayan tetamu yang melihat gelagat Mr. Topo berasa hairan. Pelayan tetamu itu pun pergi ke arah Mr. Topo lalu berkata,
“Ermm… bang, bang.. Abang ni kan pengantin baru. Kenapa jadi tukang hidang air pulak nih? Hehe… tak per bang, abang tak payah susah-susah… biar saya yang hidangkan air pada tetamu ya…”
Kata pelayan tersebut sambil mengambil dulang air siren dari tangan Mr. Topo. Mr. Topo yang masih dalam keadaan serba tak kena, menoleh ke kiri-kanan mencari tempat untuk bersembunyi. Tetapi sayangnya…
“Abang! Abang Topo!..”
Jerit Shifa sambil menghayun-hayunkan tangan pada Mr. Topo dengan isyarat meminta Mr Topo datang ke arahnya. Mr Topo yang tiada pilihan lain akhirnya datang juga ke arah Shifa dan Saffa. Sambil memegang tangan Mr. Topo, Shifa memperkenalkan Saffa kepada Mr Topo.
“Abang, kenalkan… Ini kawan Ayang waktu sekolah dulu. Saffa… ”
Mr Topo dan Saffa hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kelat sebagai tanda perkenalan buat kali yang kedua. Sudah pastinya dari air muka mereka berdua, Shifa dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena antara suaminya, Mr. Topo dan Saffa.
“Ermm… Okeylah Shifa, aku balik dulu lah yerk… Pukul 3 ptg ni nanti, aku dah kena balik KL.. Banyak kerja aku kat KL tu yang aku kena settle kan…”
“Ala… kau ni memanglah Saffa… baru sekejap kau jumpa aku, dah nak balik KL semula…”
“Ala… Sorry la Shifa… Aku betul-betul banyak kerja kat KL tu… ini aku datang majlis kahwin kau ni pun, aku mintak cuti emergency, kau tahu!.. hehe..”
“Hurmm… Ok lah kalau macam tuh…Eh, sekejap yerk, aku amikkan oleh-oleh untuk kau… tunggu jap tau!..”
“Eh, tak payah susah-susahlah…”
“Ala… tak per… kau kan tetamu aku, kawan baik aku lagi tau…. Tunggu kejap yerk…” kata Shifa lalu melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil oleh-oleh untuk Saffa.
Diluar rumah, Saffa dan Mr. Topo agak terpinga-pinga dengan pertemuan yang tidak dijangka ini. Untuk melindungi wajahnya yang kecewa, Saffa cuba buat muka slumber lalu memulakan bicara…
“Selamat Pengantin Baru, Mr Topotato…Semoga perkahwinan kau, berkekalan hingga ke akhir hayat…”
Mr. Topo menundukkan kepala mendengar ucapan Saffa. Kata-kata Saffa bagaikan satu sindiran tajam yang menusuk ke hatinya.
“Terima kasih… Ermm… Saffa, aku harap kau tak salah faham Saffa… Aku tak berniat untuk mengkhianati janji aku pada kau… Apa yang aku buat nih kerana terpaksa, Saffa…”
Saffa memandang wajah Mr Topo dengan mata menjengkil lalu berkata;
“Cukuplah Mr Topo. Sudah terang, lagi bersuluh! Kau sama dengan lelaki lain yang aku kenal, yang hanya pandai menyakitkan hati perempuan sahaja…”
“Tolong jangan cakap macam tu Saffa, apa yang aku buat nih, atas kehendak mak ayah aku!..” jawab Mr Topo, cuba memberitahu perkara sebenar.
Saffa memandang tepat ke wajah Mr Topo. Ingin saja dia menghemburkan perasaan sedih dan marahnya pada Mr Topo. Tetapi perbuatannya terhenti apabila melihat kelibat Shifa keluar dari rumah dengan membawa 2 bungkus nasi baryani berserta lauk, bunga telur, sebuah beg kertas berisi kuih dan beberapa jenis kerepek. Sambil berlari-lari anak, Shifa datang mendapatkan Saffa dan Mr. Topo lalu menghulurkan oleh-oleh tersebut kepada Saffa.
“ Nah… Ini aku kasi 2 bungkus. 1 untuk mak ayah kau, dan 1 bungkus lagi untuk kau.” Kata Shifa kepada Saffa.
“Eh, banyaknya!… Ya Allah… Siapa yang nak makan makanan yang banyak nih Shifa?..” keluh Saffa sambil membelek-belek bungkusan nasi baryani tersebut.
“Ala… kau kan duduk rumah sewa.. Kau makanlah dengan kawan-kawan rumah sewa kau…” jawab Shifa.
“Thanks Shifa… Ok lah Shifa, aku balik dulu ya… Ni… dah kahwin ni, jangan nakal-nakal tau… Jadilah isteri yang solehah… Ok?..” Kata Saffa sambil bersalaman dan mencium kedua-dua belah pipi Shifa. Saffa kemudian memandang Mr. Topo lalu menganggukkan sedikit kepala sebagai isyarat minta diri sebelum berlalu meninggalkan majlis berkahwinan Shifa dan Mr Topotato.
Kereta Proton Putra meluncur laju di lebuhraya dari Tangkak menuju ke Sungai Besi. Jam digital yang terletak di dashboard kereta menunjukkan angka 8.00 pm. Perjalanan yang mengambil masa 2jam setengah itu bagaikan tidak dirasai oleh Saffa. Pemikirannya melayang jauh mengenangkan janji Mr Topotato 4 tahun yang lalu. Lagu yang berputar di radio ketika itu bagaikan memahami situasi dan perasaan Saffa. Sekilas Saffa mengerling bulan yang sedang bersinar menerangi kegelapan malam dari sebelah kanan cermin tingkap kereta. Sambil menghayati lirik lagu yang sedang diputarkan diradio, Saffa tidak mampu menahan air matanya dari terus mengalir. Sungguh lirik lagu yang didengarnya seolah-olah sedang meluahkan apa yang sedang terpendam dihatinya…
oh bulan, jangan melayan diriku lagi
pabila, air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila, kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan, berpura-pura ku bahagia
ku enggan, melihat kau bersama si dia
oh, ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila, kau bersama yang lain
pabila kau merenung matanya
ku rebah, jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air4 tahun yang lalu, disebuah IPT, pukul 10.45 pm…
Bulan bagaikan tidak jemu menyinari kegelapan malam pada ketika itu. Saffa yang berbaju kurung dan bertudung litup, melangkah keluar dari Asrama Puteri menuju ke Surau yang bersebelahan dengan asramanya. Sebaik sampai di surau, Saffa melihat lampu surau dikawasan solat lelaki sudah pun menyala menandakan sudah ada seseorang yang berada di dalam surau. Saffa membuka pintu surau dibahagian solat perempuan lalu memetik suis lampu. Saffa kemudiannya mendekatkan diri pada langsir tirai pembahagi antara kawasan solat lelaki dan perempuan lalu berdehem beberapa kali untuk memberitahu seseorang akan kehadirannya disitu.
Mr Topo yang mendengar suara Saffa datang menghampiri bahagian depan tirai pembahagi antara kawasan solat lelaki dan perempuan, lalu duduk bersila disitu sambil memberi salam.
“Assalamualaikum…” Mr Topo membari salam tanpa menyelak langsir tirai.
“Walaikumsalam…” jawab Saffa yang berada di bahagian belakang tirai.
Mr Topo yang mendengar jawapan salam Saffa dibahagian belakang tirai, bangun dari duduknya lalu beralih mendapatkan bahagian belakang tirai. Ketika itu juga, Mr Topo terdengar gelakkan kecil Saffa lalu menegur…
“Oh, kamu gelakkan saya ya?”
“hik..hik… yelah, dah kamu buat lawak… kenapa kamu beri salam disebelah depan tirai, sedangkan saya berada disebelah belakang tirai? Kih..kih..” kata Saffa.
“hehe… maaflah… saya tak perasan suara kamu dari sebelah mana tadi…” jawab Mr Topo sambil tergelak mengenangkan kesilapannya sebentar tadi.
Saffa menutup mulut untuk mengelakkan dirinya dari terus tergelak. Setelah perasaan lucunya reda, Saffa memulakan bicaranya dengan serius…
“Topotato… Apa keputusan kamu? Sudah buat solat Istikharah?”
“Ya… saya dah buat solat Istikharah, dan bertanya pendapat dari mak ayah saya… Mereka bukan saja setuju, malah menggalakkan. Saya sendiri pun, selepas beberapa kali membuat solat Istikharah, saya rasa hati saya dah cukup mantap untuk menerima tawaran menyambung pelajaran di UK..” jawab Mr Topo tanpa ragu-ragu.
“Bagaimana dengan kamu?”, tanya Mr Topo pula.
“Saya tak boleh pergi… mak ayah saya tak kasi… Mereka lebih suka saya melanjutkan pelajaran disini… Lagipun, saya anak sulung. Saya perlu bantu mak ayah saya membesarkan adik-adik saya…” jawab Saffa dengan nada sedih…
Mr Topo tidak mampu berkata apa-apa… Hanya nada mendesahnya saja yang kedengaran disebalik tirai.
“Tak pe lah Topotato… kamu pergilah sambung pelajaran di UK… Bukan senang nak dapat peluang macam ni… Tak perlu risaukan saya ya…” kata Saffa cuba menenangkan Mr Topo. Walau bagaimana pun, hatinya bagaikan mahu menjerit tidak membenarkan Mr Topo pergi berjauhan dari dirinya.
Mr Topo masih berdiam diri. Mahu saja Mr Topo meluahkan apa yang terbuku dihatinya, tetapi suaranya hanya tersekat dikerongkong. Saffa melihat jam tangannya yang telah menunjukkan angka 11.00 pm. Kerana bimbang pertemuan mereka disurau akan disedari oleh orang lain dan bimbang mereka akan difitnah, Saffa kemudiannya meminta diri untuk pulang ke asrama. Tetapi Mr Topo melarang…
“Saffa nanti dulu!...” akhirnya Mr Topo bersuara…
“Saffa… Saya… berat hati untuk meninggalkan kamu… Tapi saya janji, saya akan masuk meminang kamu, bila saya balik dari UK nanti… Saya janji!”.
Saffa tersentak. Lidahnya kelu… Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Terasa satu titisan air mengalir dari dahinya. Mujur pandangan mereka berdua terhalang dengan langsir tirai pemisah antara tempat solat lelaki dan perempuan. Jika tidak sudah pasti Saffa akan berasa malu dengan wajah putih gebunya yang sudah bertukar menjadi merah jambu…
“Saffa… kamu dengar tak?...” Tanya Mr Topo menegur Saffa yang tidak memberikan sebarang reaksi dengan apa yang dikatakan sebentar tadi.
Dengan perasaan yang tidak menentu dan hati yang masih berdebar-debar, Saffa menguatkan semangat untuk berbicara, “Saya dengar… Kamu serious mahu masuk meminang saya bila balik dari UK nanti, Topotato?”
“Ya… saya serious Saffa…”, jawab Mr Topo.
Saffa bagaikan mahu melompat gembira mendengar pengakuan dari Mr Topo.
“Baiklah… kalau macam tu, saya akan tunggu kamu, hingga kamu balik dari UK nanti…”, kata Saffa mengakhiri perjanjian mereka malam itu…
Lamunan Saffa terhenti apabila kereta yang dipandunya sudah pun menghampiri Pondok Tol Sungai Besi. Saffa meraba-raba tangannya mencari tiket tol didalam laci kecil yang terletak dibawah radio kereta. Kereta Proton Putra yang dipandunya, diberhentikan tepat dibelakang sebuah lori kontena. Sementara menunggu giliran membayar tol, Saffa sempat meraba beg tangannya mencari duit syiling untuk memudahkan pembayaran.
Selesai membayar tol, Saffa meneruskan perjalanannya memasuki Bandar Kuala Lumpur, menuju ke Jalan Pudu untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak di Jalan San Peng. Didalam perjalanan, Saffa menyambung lamunannya. Lamunan Saffa beralih kepada Shifa pula. Beberapa hari selepas kejadian termeterai perjanjian antara dirinya dan Mr Topo, Saffa mendapat panggilan telefon dari rakan karibnya dikampung, iaitu Shifa. Shifa menelefon kerana ingin berkongsi berita gembira, dimana dia juga telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UK. Sebagai seorang sahabat, Saffa tidak putus-putus mengucapkan syukur dan tahniah kepada Shifa. Juga mendoakan yang terbaik untuk rakan karibnya itu…
Saffa masuk ke dalam rumah lalu melangkah ke dapur untuk menyimpan nasi baryani yang dibawanya ke dalam peti sejuk. Selepas menyimpan nasi baryani, Saffa terus melangkah ke bilik lalu membuka pintu bilik. Tanpa menghiraukan rakan sebiliknya, Akuro, yang sedang khusyuk menaip sesuatu di laptopnya sambil mendengar MP3 lagu-lagu nasyid, Saffa dengan langkah longlainya masuk ke dalam bilik, lalu duduk diatas katil. Beg tangannya diletakkan diatas meja kecil ditepi katil. Akuro sedikit hairan melihat Saffa yang balik ke rumah sewa terlalu awal, lalu menegur…
“Aik, awal kau balik Saffa? Bukan ker pagi tadi kau cakap, kau dah amik cuti untuk esok?...”, tanya Akuro kepada Saffa. Walaupun mulutnya bersuara, tumpuan Akuro masih tidak lekang dari laptopnya dan tangannya masih ligat menaip sesuatu pada keyboard laptop tersebut.
Saffa langsung tidak menjawab. Hanya bunyi MP3 lagu kumpulan nasyid Firdaus saja yang kedengaran.
Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua
Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu…
Mendengar lagu tersebut, air mata Saffa sekali lagi menitis. Akuro yang mendengar esakkan tangis Saffa, menoleh lalu bangun dari meja komputer dan terus memeluk Saffa.
“Saffa… sabar Saffa… sabar ya…”, Akuro cuba memujuk Saffa. Didalam kepala Akuro, timbul seribu satu persoalan melihat keadaan rakan sebiliknya Saffa yang tiba-tiba menjadi begitu. Seingat Akuro, semasa Saffa hendak balik ke kampung pagi tadi, Saffa bukan main gembira kerana hendak melihat majlis perkahwinan rakan karibnya dikampung.
“4 tahun, Akuro…. 4 tahun aku tunggu dia, Akuro…isk..isk… Aku tak sangka dia dah berkahwin dengan kawan baik aku sendiri… uhuk…uhuk…”, Saffa memulakan bicara dengan nada tersedu-sedu…
“Astarghfirullah…”, Akuro hanya mampu mengucap sambil menggosok-gosok bahu Saffa, cuba membantu meredakan tangisan Saffa. Perlahan-lahan, Akuro melepaskan pelukan dari Saffa. Hati Akuro terusik mendengar apa yang diperkatakan Saffa sebentar tadi. Tetapi masih kurang jelas dengan cerita yang sebenarnya.
“Saffa, cuba kau cerita kat aku, apa sebenarnya yang dah berlaku nih?”, tanya Akuro meminta penjelasan yang lebih dari Saffa. Dengan tangisan yang masih bersisa, Saffa menceritakan bagaimana dia menemui Mr Topotato yang kini sudah pun menjadi suami yang sah kepada rakan karibnya Shifa, tengah hari tadi. Juga menceritakan hubungan dan janji yang termeterai diantara dirinya dan Mr Topo yang berlaku 4 tahun yang lalu…
Akuro hanya mampu menarik nafas panjang mendengar cerita Saffa. Sungguh Akuro dapat membayangkan betapa pilu hati rakan sebiliknya yang sedang kecewa ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
“Saffa, kalau aku tahu la kau akan jadi macam nih, aku tak kasi kau datang majlis perkahwinan kawan kau tu… Sabarlah ye Saffa, mungkin Allah s.w.t dah pun mentakdirkan yang Mr Topo bukan jodoh kau.”, kata Akuro, cuba menenangkan Saffa.
“Sebentar ya…”. Akuro bingkas bangun dari duduk lalu mengambil Tafsiran Al-Quran berwarna merah yang berbentuk seperti diari dari dalam almari bajunya. Kemudian duduk semula disebelah Saffa. Akuro mula membuka Tafsiran Al-Quran itu dan membaca tafsiran ayat di muka surat 34 Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang berbunyi;
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Saffa memandang Akuro, lalu bertanya, “Apa maksud ayat tu Akuro? Aku kurang faham…”
“Ok, begini… Sebenarnya aku nak ambil ayat dari surah Al-Baqarah ni yang bermaksud, ‘Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’. Saffa… apa saja peristiwa pahit yag kita alami, sudah tentu kita takkan suka kan? Tapi percayalah, setiap apa yang berlaku tu, ada hikmahnya. Mungkin kita takkan nampak hikmah dia dalam masa sekarang, tapi pada masa akan datang, Allah pasti akan bukakan mata hati kita, untuk kita lihat hikmah disebalik apa yang berlaku pada hari nih. Lagipun, Allah s.w.t telah menciptakan manusia itu berpasangan. Mungkin sudah ditakdirkan kau tidak dijodohkan dengan Mr Topo, tetapi manalah tahu, pada masa akan datang, kau ditakdirkan akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari Mr Topo untuk diri kau. Sabarlah Saffa… Tabahkan hati ya…” terang Akuro kepada Saffa.
Saffa mengangguk-angguk perlahan mendengar kata-kata Akuro. Lalu berkata, “Tapi Akuro, hati aku sakit sangat Akuro… Sakit sangat-sangat… Bukan senang aku nak lupakan dia Akuro… Dia cinta pertama aku!...”
Akuro menggenggam erat kedua-dua tangan Saffa untuk memberi kekuatan pada Saffa…
“Be strong Saffa… Aku faham, bukan senang untuk kita melupakan orang pertama yang berjaya mencuri hati kita. Apa lagi kalau orang tu adalah kekasih kita, yang pernah kita sayang… memang kita susah nak lupakan dia… perlahan-lahanlah Saffa… Buat masa sekarang nih, kau banyakkanlah membaca Al-Quran, jangan tinggal solat, dan buat Tahajud dan Solat Hajat minta Allah tabahkan hati kau untuk terima segala dugaan dariNya… Aku yakin kau boleh hadapi dugaan nih, Saffa…” Akuro tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada Saffa. Dengan harapan, rakan sebiliknya dapat menghadapi peristiwa pahit ini dengan tabah dan redha.
Saffa sekali lagi memeluk Akuro lalu mengucapkan terima kasih kerana sudi menenangkannya dan memberi semangat untuk dirinya dalam menghadapi peristiwa pahit ini. Akuro kemudian melepaskan pelukan, lalu mengingatkan Saffa untuk menunaikan solat Isyak’. Dengan hati yang masih mempunyai sisa-sisa kesedihan, Saffa pergi mengambil wudhuk dan menunaikan solat Isyak.
Diakhir solat, Saffa berdoa…
Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
*Petikan lagu;
+ Dan Sebenarnya- Yuna
+ Menangislah Dibahuku- Firdaus
*Petikan doa;
+ Doa Untuk Kekasih
Mutiara Kata
[+/-] |
Dan Sebenarnya... Aku... (Selamat Pengantin Baru Versi Contest ? ) |
[+/-] |
Michael Jackson meninggal dunia... |
Ini berita yang diambil dari Yahoo! News...
LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the “King of Pop” and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.
The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.
The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.
Jackson’s death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music’s premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.
His 1982 album “Thriller” — which included the blockbuster hits “Beat It,” “Billie Jean” and “Thriller” — remains the biggest-selling album of all time, with more than 26 million copies.
He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves and his high-pitched voice punctuated with squeals and titters. His single sequined glove, tight, military-style jacket and aviator sunglasses were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance.
By some measures, he ranked alongside Elvis Presley and the Beatles as the biggest pop sensations of all time. In fact, he united two of music’s biggest names when he was briefly married to Presley’s daughter, Lisa Marie.
As years went by, he became an increasingly freakish figure — a middle-aged man-child weirdly out of touch with grownup life. His skin became lighter, his nose narrower, and he spoke in a breathy, girlish voice. He surrounded himself with children at his Neverland ranch, often wore a germ mask while traveling and kept a pet chimpanzee named Bubbles as one of his closest companions.
In 2005, he was cleared of charges he molested a 13-year-old cancer survivor at Neverland in 2003. He had been accused of plying the boy with alcohol and groping him. The case took a fearsome toll on his career and image, and he fell into serious financial trouble.
Jackson was preparing for what was to be his greatest comeback: He was scheduled for an unprecedented 50 shows at a London arena, with the first set for July 13. He was in rehearsals in Los Angeles for the concert, an extravaganza that was to capture the classic Jackson magic: showstopping dance moves, elaborate staging and throbbing dance beats.
Hundreds of people gathered outside the hospital as word of his death spread. The emergency entrance at the UCLA Medical Center, which is near Jackson’s rented home, was roped off with police tape.
“Ladies and gentlemen, Michael Jackson has just died,” a woman boarding a Manhattan bus called out, shortly after the news was annunced. Immediately many riders reached for their cell phones.
In New York’s Times Square, a low groan went up in the crowd when a screen flashed that Jackson had died, and people began relaying the news to friends by cell phone.
“No joke. King of Pop is no more. Wow,” Michael Harris, 36, of New York City, read from a text message a friend sent to his telephone. “It’s like when Kennedy was assassinated. I will always remember being in Times Square when Michael Jackson died.”
Dan ini pula berita dari web CNN.
Michael Jackson, pop music legend, dead at 50.
Takziah saya ucapkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat...
Source:
Faisal Tehrani
Fazamania
Oh! Artis
CNN
[+/-] |
Ada Apa Dengan Bulan Rejab |
Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Amalan
Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.
Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).
Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.
Rujukan: Bulan Rejab
[+/-] |
Lucky Draw... |
hehe...
Sekian, untuk entry kali ini...
Kamsamidaaa.........
[+/-] |
Membaiki Gambar Underexposed & Overexposed |
Ops!... nanti dulu! jangan delete gambar tersebut kerana kita sebenarnya masih mempunyai cara untuk menstabilkan kecerahan gambar, sama ada gambar itu terlalu gelap, atau terlalu cerah. Ianya boleh distabilkan dengan menggunakan Adobe Photoshop.
Under Exposed
(Gambar yang diambil ditempat redup. Kurang pencahayaan.)
~ Buka image/gambar yang nak di edit pada Adobe Photoshop.
~ Klik; Layer -> Duplicate Layer -> OK.
~ Tukar 'Blend Mode' dari 'Normal' kepada 'Screen' seperti dibawah.
~ Jika image/gambar masih lagi gelap, tekan CTRL+J pada keyboard hingga kamu berpuas hati dengan kecerahan image/gambar tersebut.
~ Hasilnya akan jadi seperti image dibawah...
Over Exposed
(Gambar yang diambil ditempat sangat terang. Lebih pencahayaan.)
~ Buka image/gambar yang nak di edit pada Adobe Photoshop.
~ Klik; Layer -> Duplicate Layer -> OK.
~ Tukar 'Blend Mode' dari 'Normal' kepada 'Multiply' seperti dibawah.
~ Tekan CTRL+J pada keyboard hingga kamu berpuas hati dengan image/gambar tersebut.
~ Lihat hasilnya...
Selamat Mencuba & Semoga Succes ya...
[+/-] |
Ujian, Rahsia Allah s.w.t... |
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Rujukan; Artikel dr ILUVISLAM...
[+/-] |
Membuat Paparan 'Read More...' |
Ini ada request dari NeeChan yang mahukan kod untuk membuat paparan 'Read More...' pada posting. Ok, dibawah ini saya sediakan kod yang diminta dan cara memasangnya. Baca dengan teliti ya...
1. Login Blogspot.
2. Masuk dalam ruangan Layout.
3. Klik pada Edit HTML. (Tanda pada kotak 'Expand Widget')
4. 'Download Full Template' sebelum mengedit blog.
5. Tekan [Ctrl+F], dan cari kod </head>.
6. Copy kod dibawah, dan paste kod ini diatas kod </head> tadi.<script src='http://ladyqistina.googlepages.com/bacaselanjutnya.js' type='text/javascript'/>
7. Cari pula kod dibawah.<b:includable id='post' var='post'>
8. Tambahkan kod berwarna ungu seperti dibawah.<b:includable id='post' var='post'>
<div class='post uncustomized-post-template' expr:id='"post-" + data:post.id'>
<b:if cond='data:post.title'>
<h3 class='post-title'>
<b:if cond='data:post.url'>
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
<b:else/>
<data:post.title/>
</b:if>
</h3>
</b:if>
<div class='post-header-line-1'/>
<div class='post-body'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>#fullpost {display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<span id='showlink'>
<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Read More...</a></p>
</span>
<span id='hidelink' style='display:none'>
<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:hideFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Summary Only...</a></p>
</span>
<script type='text/javascript'>
checkFull("post-" + "<data:post.id/>");
</script>
</b:if>
<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>
9. Save template.
10. Selepas itu, masuk ruangan 'Setting' dan klik pada 'Formatting'.
11. Masukkan kod di bawah, ke dalam 'Post Template'.Summary
<span id="fullpost">
Full story
</span>
12. Kemudian 'Save Setting'.
13. Untuk mencuba sama ada ia berfungsi atau tidak, cuba 'Create New Post'. Lihat sama ada kod seperti diatas tertera pada bahagian 'Edit HTML' posting. Mulakan penulisan seperti dibawah;Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas.
<span id="fullpost">
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.
</span>
14. Ok, sudah pun siap! Selamat Mencuba...
Rujukan; Eriyza
[+/-] |
Memasang Banner Exchange Link |
Entry sebelum ini, saya telah menerangkan cara-cara untuk membina Banner Exchange Link dengan menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe ImageReady. Jadi, kali ini saya akan terangkan cara nak memasang Banner tersebut. Rasanya ramai yang dah pun tahu cara nak memasang banner nih. Walaubagaimana pun, saya sediakan juga tutorial ini untuk rujukan saya yang 'mudah lupa' dan juga rujukan kepada sesiapa yang 'mudah lupa' seperti saya..hehe...
Cara Memasangnya;
1. Login Blogspot. Masuk di ruangan 'Layout'.
2. Klik pada 'Add a Gadget'.
3. Klik pada 'Add HTML/Javascript'.
4. Kemudian Copy dan paste kod di bawah pada 'Add HTML/Javascript'.
<div align="center"><img src="http://img188.imageshack.us/img188/7876/bannerbarusiap.gif" />
<textarea onclick="select()" rows="5" cols="15" name="S2"><a href="http://maksujabbar.blogspot.com" title="Akuro San" target="_blank"><img border="0" alt="Akuro San" src="http://img188.imageshack.us/img188/7876/bannerbarusiap.gif" /></a><br/></textarea></div>
~ Tukar tulisan merah dengan URL banner kamu.
~ Tukar tulisan ungu dengan nama kamu sendiri.
~ Tukar tulisan hijau dengan URL blog kamu.
Ok, siap dah...
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya ya...
Rujukan; AlongArman
[+/-] |
Membina Banner Exchange Link |
Memandangkan saya sudah bosan dengan Banner Exchange Link saya yang lama, jadi saya telah membina Banner Exchange Link yang baru. Untuk membina Banner Exchange Link, saya menggunakan Adobe Photoshop CS2 untuk membuat banner, dan Adobe ImageReady CS2 untuk membuat kesan animasi pada banner tersebut.
Ok, cara membinanya begini...
Gunakan Adobe Photoshop untuk meng'edit/membuat image yang sesuai untuk dijadikan banner. Dibawah ini adalah banner yang sudah saya siapkan. Ada 9 buah image, berukuran 160x59 pixels kesemuanya. Kesemua image ini perlulah disimpan dalam 1 folder.
1. Buka Adobe ImageReady CS2. Klik; File -> Import -> Folder As Frames...
Seperti gambar dibawah.
2. Bila keluar kotak 'Browse For Folder' seperti gambar dibawah, pilih folder yang ada image banner tadi dan klik butang 'OK'.
3. Pada kotak animation, adjust/susun kedudukan image banner seperti yang dikehendaki.
4. Klik pada '0 sec.' untuk ubah masa pergerakan.
5. Klik butang 'Play' untuk melihat kesan animasi.
6. Bila dah puas hati dengan kesan animasi yang dibina, bolehlah save'kan banner tersebut dengan cara seperti gambar dibawah...
Klik; File -> Save Optimized As...
[+/-] |
Cengkerik atau Pelesit? |
Bila dah dapat tangkap cengkerik tuh, mak saya kata, "Nak tahu macam mana nak BEZAKAN CENGKERIK dengan PELESIT? Cuba tengok nih..." Jadi saya dan kakak pun tengoklah apa yang Mak saya buat... Mula-mula mak minta saya pegang sehelai kain. Kain tu kena pegang tegang-tegang. Kemudian, Mak saya letakkan cengkerik tadi pada kain yang saya pegang. (Letakkan saja cengkerik tu pada kain, tapi jangan dilepaskan... Kalau dilepaskan, terbanglah cengkerik tu...hehe...) Bila cengkerik tu gigit kain yang saya pegang, mak saya rentap cengkerik tadi dari kain yang digigit (iaitu kain yang saya pegang).
Buatlah 2 ke 3 kali. Kalau kepala cengkerik tadi tertanggal bila ia direntap dari kain yang digigit, bermakna cengkerik itu adalah Pelesit. Tapi kalau kepala dia tak tertanggal semasa direntap dari kain yang digigit, bermakna cengkerik tu cuma cengkerik biasa...
Dan cengkerik yang mak saya tangkap tadi, kepala dia tak tertanggal pun dari badan... Maka, mak saya pun buka tingkap dapur dan campakkan cengkerik tadi ke luar rumah... Mak saya kata, cengkerik tu, Cengkerik Air...
Itulah serba sedikit ilmu yang saya nak kongsikan... Hurmm... mungkin ada yang tertanya-tanya, Pelesit tu apa ya? Oklah, kalau nak tahu, cubalah 'Search' sendiri dekat GOOGLE... Sebab saya sendiri tak berhajat untuk bercerita mengenai itu buat masa nih... Maklumlah... saya taip entry nih pun dah pukul 12mlm kot...huhu..
Ok, sekian untuk entry kali ini...
[+/-] |
Ubat Mujarab Pengusir Kesedihan |
Firman Allah swt. di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153:
Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat...
Ketika Rasulullah SAW dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah Radhiyallahu 'anhu:
Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat. (Al-Hadith)
Telah banyak sejarah hidup beberapa orang tokoh kita yang umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu'. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.
Solat khauf dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk, maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu'.
Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.
Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar - jika kita mahu berfikir - ialah pelaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari-semalam, yang merupakan sebagai penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.
Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu ke kesengsaraan yang lain.
...maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka. (Muhammad: 8)
Rujukan: Buku La Tahzan Bab 22.
[+/-] |
Mana Pergi ASTRO Kirana? |
Sebenarnya saya bukanlah jenis yang rajin menonton TV sangat. Tapi baru-baru ni saya ada lah check Majalah ASTRO bulan Jun nih... Barulah saya perasan yang channel ASTRO KIRANA yang rajin saya tonton bila bosan sudah pun tiada... Dan kini diganti dengan channel CITRA, WARNA, dan B4U. Aper ker nama? ASTRO MUSTIKA? Hmm... tah apa-apa jer la... Apa yang tak best nya, ketiga-tiga channel nih kena bayar lak tuh. huhu, sadis nyer...
Oklah, disebabkan tidak berpuas hati, saya pun cuba mencari di internet kalau-kalau ada sebarang jawapan mengenai channel ASTRO KIRANA. Dan inilah jawapan yang saya temui di ASTRO.COM.
Why is/has Astro removing/removed Kirana?
Kirana was offered as a preview channel at no additional cost for a limited period of time to our customers. Channels are tested on a preview basis to enable us to establish appeal and segmental relevance upon which these channels will be slotted into the relevant package eventually. Research shows that Kirana has been receiving poor rating and low viewership. As such we have decided to remove Kirana wef 18 May from the Astro platform. We apologize for any inconvenience.QUESTIONS AND ANSWERS
Q. When will/did Astro begin the removal of Astro Kirana Channel (122) from its platform?
The removal will be/was from 18 May 2009 onwards.
Q. Why did Astro decide to remove the Astro Kirana Channel from its platform?
Kirana was offered as a preview channel at no additional cost for a limited period of time to our customers. Channels are tested on a preview basis to enable us to establish appeal and segmental relevance upon which these channels will be slotted into the relevant package eventually.
Research shows that Kirana has been receiving poor rating and low viewership. As such we have decided to remove Kirana wef 18 May from the Astro platform.
We apologize for any inconvenience.
Q. What was the viewership rating of the Astro Kirana Channel?
The viewership of Astro Kirana Channel has been declining of late. Its channel share is also low at 2% compared to RIA at 12%.
Q. Will Astro be reducing the cost of its family package now that they have removed the Astro Kirana Channel?
No. Kirana was introduced on Astro platform as preview channel at no additional cost for limited time. As such the issue of price reduction does not arise.
Q. Will Astro be bringing the Kirana Channel back on its platform?
We do not have plans to bring the channel back at this point. However, we will keep our customers informed, should we plan to do so.
Q. Will Astro be introducing more news channels under its free view/preview?
Preview channels on Astro’s platform is only offered as free view basis for a limited time only. However, we are constantly looking at opportunities to offer our customers with more choices of relevant and premium content on our platform.
At this point we do not have plans to introduce more preview channels in the near future. However, when we do introduce new channels, we will keep our customers informed.
Hmmm... itulah Al-Kisah nya... tapikan, bagi saya apa yang diberitahu ni cuma alasan jer. Kalau nak ramai orang tengok channel KIRANA, letak la cerita best-best dekat channel tu... Ini letak cerita tak best, siapa yang nak tengok? Lepas tu, gantikan ia dengan channel yang perlu dibayar pula... Alah, memamg sajer nak cari untung kan? kan? kan?....
source: ASTRO.com
[+/-] |
Cerita Rahsia Disebalik Waktu Solat |
Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui cerita rahsia disebalik solat 5 waktu. Atau mungkin sudah terlupa akan cerita disebalik 5 waktu solat ini. Baiklah, mari kita sama-sama ikuti apakah cerita rahsia disebalik waktu-waktu solat yang 5 ini...
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W. :'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.,
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Puasa
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan
makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
(Al-Baqarah :155)