Mutiara Kata



Blog Wajah Baru

Alhamdulillah...

Setelah berusaha mencari template yang sesuai dengan cita rasa, meng'edit-edit, menyesuaikan warna, kemudian mencari cara untuk mengelakkan widget hilang, pening-pening kepala sebab asyik keluar mesej 'ERROR', akhirnya saya berpuas hati juga dengan template yang saya pilih ni menjadi blog saya dengan mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk menyiapkannya. Sampai tak lena tidur dan sengal-sengal bahu saya dibuatnya sebab terlalu lama duduk bersila didepan laptop nih. Hehe...

Ok lah, template yang saya guna ni saya download dari blog Teratak Muncet, dimana diblog ini terdapat banyak template yang simple dan menarik. Terdapat banyak pilihan template diblog nih, dari yang 2 coloumn hingga 4-5 coloumn pun ada. Bagi sesiapa yang teringin nak tukar template tuh, boleh la check template yang ada di Teratak Muncet nih kalau ada yang berkenan. Selain men'survey template di Teratak Muncet, saya ada juga survey template di BloggerStyles. Boleh tahan, cantik-cantik juga template dia. Dibawah ni antara template-template blog yang saya berkenan dari BloggerStyles. Tapi saya tak guna template yang saya berkenan nih, sebab kita kena upload sendiri segala benda yang ada pada template tersebut. Dan ianya agak menyusahkan bagi saya yang agak kurang mahir dalam mengotak-atik bahagian 'Edit HTML' diblogspot nih.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat antara template yang ada...

Coffee-Desk-v100

Flower-Garden

Girly-Diaries

Red-light-v100

Seabreeze_v100

Selain dari 5 template yang saya tunjukkan diatas, terdapat banyak lagi template yang kreatif dan menarik untuk di'download di BloggerStyles. Blog Teratak Muncet juga tidak kurang hebatnya dengan template-template yang simple, kreatif dan menarik. Apa yang penting, Kerjasama!! Tepuk dada, tanya selera... Apa yang berkenan dihati....

Dibawah ni pula, template asal yang saya gunakan untuk blog saya nih...

softblue


Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

1 Kata Pelawat:

nely said...

:)]

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top