Mutiara Kata



Dan Sebenarnya... Aku... (Selamat Pengantin Baru Versi Contest ? )


Shifa, Selamat Pengantin Baru. Tahniah la. Tak sangka aku kau dah kawin.” ujar Saffa, teman lama Shifa ketika di bangku sekolah dulu.
“Sama-sama Saffa, sampai jugak kau kat wedding aku ni.” Shifa membalas.
“Mestilah sampai, kawan aku yang nak kawin. Takkan aku nak lepas peluang. Lagipun dah lama tak jumpa kau. Rindu gile la kat kau.” Saffa menyampaikan rasa gembiranya bila berjumpa dengan Shifa.
“Aku pun rindu kat kau. Kau la…buzy je memanjang, nak jumpa kau pun selalu kena wat appointment. Eh, kau nye wedding bila plak?” banyak soalan yang ingin Shifa utarakan padanya.

“Alaa kau ni, kau tau2 la aku ni… belum ada jodoh lagi. Emm… mane Mr. Topo nye? Nak jugak aku tengok teman sehidup semati kawan aku yg sorang ni.”
“Oh… kau tak kenal lagi ek Mr. Topo, hm….” … sambil mencari-cari suaminya, Shifa menundingkan jari … “haa..tu dia, tengah makan ngan member dia.”
“Tu Mr. Topo? Mr. Topotato?” tanya Saffa dengan nada terkejut.
“A’ah, kenapa? Handsome kan laki aku?” balas Shifa dengan perasaan penuh bahagia.
“Err… sebenarnya Shifa, Mr. Topo tu…dulu…aku dan dia…em… sebenarnya… dia ex-boyfriend aku.”
“APA??????” jeng jeng jeng….

…………………………

Wajah Shifa yang pada mulanya gembira kini bertukar menjadi merah padam. Saffa yang agak terkejut dengan perubahan wajah Shifa menjadi serba-salah lalu cuba memperbaiki keadaan. Sambil tersenyum, Saffa berkata,

“Ah, Shifa… Aku bergurau jer sebenarnya tadi… Tak usah ambil serious lah yerk.. hehe… Tengok muka kau, dah macam apa daa… haha…”

Wajah Shifa yang tadinya agak berkerut kini kembali tersenyum dan ketawa…

Mr. Topo yang baru lepas makan bersama kawan-kawannya datang mendapatkan Shifa. Tetapi langkahnya terhenti apabila terlihat Saffa yang sedang bergelak ketawa bersama Shifa. Dengan serta-merta, Mr. Topo berpusing balik ke meja makan lalu mengambil dulang berisi air siren (sirap+oren) yang sudah dituang ke dalam gelas. Dengan menyembunyikan muka pada gelas yang terletak diatas dulang, Mr. Topo pun berpura-pura melayan tetamu sambil mengintai-ngintai ke arah Shifa dan Saffa. Seorang pelayan tetamu yang melihat gelagat Mr. Topo berasa hairan. Pelayan tetamu itu pun pergi ke arah Mr. Topo lalu berkata,

“Ermm… bang, bang.. Abang ni kan pengantin baru. Kenapa jadi tukang hidang air pulak nih? Hehe… tak per bang, abang tak payah susah-susah… biar saya yang hidangkan air pada tetamu ya…”

Kata pelayan tersebut sambil mengambil dulang air siren dari tangan Mr. Topo. Mr. Topo yang masih dalam keadaan serba tak kena, menoleh ke kiri-kanan mencari tempat untuk bersembunyi. Tetapi sayangnya…

“Abang! Abang Topo!..”

Jerit Shifa sambil menghayun-hayunkan tangan pada Mr. Topo dengan isyarat meminta Mr Topo datang ke arahnya. Mr Topo yang tiada pilihan lain akhirnya datang juga ke arah Shifa dan Saffa. Sambil memegang tangan Mr. Topo, Shifa memperkenalkan Saffa kepada Mr Topo.

“Abang, kenalkan… Ini kawan Ayang waktu sekolah dulu. Saffa… ”

Mr Topo dan Saffa hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kelat sebagai tanda perkenalan buat kali yang kedua. Sudah pastinya dari air muka mereka berdua, Shifa dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena antara suaminya, Mr. Topo dan Saffa.

“Ermm… Okeylah Shifa, aku balik dulu lah yerk… Pukul 3 ptg ni nanti, aku dah kena balik KL.. Banyak kerja aku kat KL tu yang aku kena settle kan…”

“Ala… kau ni memanglah Saffa… baru sekejap kau jumpa aku, dah nak balik KL semula…”

“Ala… Sorry la Shifa… Aku betul-betul banyak kerja kat KL tu… ini aku datang majlis kahwin kau ni pun, aku mintak cuti emergency, kau tahu!.. hehe..”

“Hurmm… Ok lah kalau macam tuh…Eh, sekejap yerk, aku amikkan oleh-oleh untuk kau… tunggu jap tau!..”

“Eh, tak payah susah-susahlah…”

“Ala… tak per… kau kan tetamu aku, kawan baik aku lagi tau…. Tunggu kejap yerk…” kata Shifa lalu melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil oleh-oleh untuk Saffa.

Diluar rumah, Saffa dan Mr. Topo agak terpinga-pinga dengan pertemuan yang tidak dijangka ini. Untuk melindungi wajahnya yang kecewa, Saffa cuba buat muka slumber lalu memulakan bicara…

“Selamat Pengantin Baru, Mr Topotato…Semoga perkahwinan kau, berkekalan hingga ke akhir hayat…”

Mr. Topo menundukkan kepala mendengar ucapan Saffa. Kata-kata Saffa bagaikan satu sindiran tajam yang menusuk ke hatinya.

“Terima kasih… Ermm… Saffa, aku harap kau tak salah faham Saffa… Aku tak berniat untuk mengkhianati janji aku pada kau… Apa yang aku buat nih kerana terpaksa, Saffa…”

Saffa memandang wajah Mr Topo dengan mata menjengkil lalu berkata;
“Cukuplah Mr Topo. Sudah terang, lagi bersuluh! Kau sama dengan lelaki lain yang aku kenal, yang hanya pandai menyakitkan hati perempuan sahaja…”

“Tolong jangan cakap macam tu Saffa, apa yang aku buat nih, atas kehendak mak ayah aku!..” jawab Mr Topo, cuba memberitahu perkara sebenar.

Saffa memandang tepat ke wajah Mr Topo. Ingin saja dia menghemburkan perasaan sedih dan marahnya pada Mr Topo. Tetapi perbuatannya terhenti apabila melihat kelibat Shifa keluar dari rumah dengan membawa 2 bungkus nasi baryani berserta lauk, bunga telur, sebuah beg kertas berisi kuih dan beberapa jenis kerepek. Sambil berlari-lari anak, Shifa datang mendapatkan Saffa dan Mr. Topo lalu menghulurkan oleh-oleh tersebut kepada Saffa.

“ Nah… Ini aku kasi 2 bungkus. 1 untuk mak ayah kau, dan 1 bungkus lagi untuk kau.” Kata Shifa kepada Saffa.

“Eh, banyaknya!… Ya Allah… Siapa yang nak makan makanan yang banyak nih Shifa?..” keluh Saffa sambil membelek-belek bungkusan nasi baryani tersebut.

“Ala… kau kan duduk rumah sewa.. Kau makanlah dengan kawan-kawan rumah sewa kau…” jawab Shifa.

“Thanks Shifa… Ok lah Shifa, aku balik dulu ya… Ni… dah kahwin ni, jangan nakal-nakal tau… Jadilah isteri yang solehah… Ok?..” Kata Saffa sambil bersalaman dan mencium kedua-dua belah pipi Shifa. Saffa kemudian memandang Mr. Topo lalu menganggukkan sedikit kepala sebagai isyarat minta diri sebelum berlalu meninggalkan majlis berkahwinan Shifa dan Mr Topotato.

……………………..



Kereta Proton Putra meluncur laju di lebuhraya dari Tangkak menuju ke Sungai Besi. Jam digital yang terletak di dashboard kereta menunjukkan angka 8.00 pm. Perjalanan yang mengambil masa 2jam setengah itu bagaikan tidak dirasai oleh Saffa. Pemikirannya melayang jauh mengenangkan janji Mr Topotato 4 tahun yang lalu. Lagu yang berputar di radio ketika itu bagaikan memahami situasi dan perasaan Saffa. Sekilas Saffa mengerling bulan yang sedang bersinar menerangi kegelapan malam dari sebelah kanan cermin tingkap kereta. Sambil menghayati lirik lagu yang sedang diputarkan diradio, Saffa tidak mampu menahan air matanya dari terus mengalir. Sungguh lirik lagu yang didengarnya seolah-olah sedang meluahkan apa yang sedang terpendam dihatinya…

oh bulan, jangan melayan diriku lagi
pabila, air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila, kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan, berpura-pura ku bahagia
ku enggan, melihat kau bersama si dia
oh, ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila, kau bersama yang lain

pabila kau merenung matanya
ku rebah, jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

…………………………..

4 tahun yang lalu, disebuah IPT, pukul 10.45 pm…
Bulan bagaikan tidak jemu menyinari kegelapan malam pada ketika itu. Saffa yang berbaju kurung dan bertudung litup, melangkah keluar dari Asrama Puteri menuju ke Surau yang bersebelahan dengan asramanya. Sebaik sampai di surau, Saffa melihat lampu surau dikawasan solat lelaki sudah pun menyala menandakan sudah ada seseorang yang berada di dalam surau. Saffa membuka pintu surau dibahagian solat perempuan lalu memetik suis lampu. Saffa kemudiannya mendekatkan diri pada langsir tirai pembahagi antara kawasan solat lelaki dan perempuan lalu berdehem beberapa kali untuk memberitahu seseorang akan kehadirannya disitu.

Mr Topo yang mendengar suara Saffa datang menghampiri bahagian depan tirai pembahagi antara kawasan solat lelaki dan perempuan, lalu duduk bersila disitu sambil memberi salam.

“Assalamualaikum…” Mr Topo membari salam tanpa menyelak langsir tirai.

“Walaikumsalam…” jawab Saffa yang berada di bahagian belakang tirai.

Mr Topo yang mendengar jawapan salam Saffa dibahagian belakang tirai, bangun dari duduknya lalu beralih mendapatkan bahagian belakang tirai. Ketika itu juga, Mr Topo terdengar gelakkan kecil Saffa lalu menegur…

“Oh, kamu gelakkan saya ya?”

“hik..hik… yelah, dah kamu buat lawak… kenapa kamu beri salam disebelah depan tirai, sedangkan saya berada disebelah belakang tirai? Kih..kih..” kata Saffa.

“hehe… maaflah… saya tak perasan suara kamu dari sebelah mana tadi…” jawab Mr Topo sambil tergelak mengenangkan kesilapannya sebentar tadi.

Saffa menutup mulut untuk mengelakkan dirinya dari terus tergelak. Setelah perasaan lucunya reda, Saffa memulakan bicaranya dengan serius…

“Topotato… Apa keputusan kamu? Sudah buat solat Istikharah?”

“Ya… saya dah buat solat Istikharah, dan bertanya pendapat dari mak ayah saya… Mereka bukan saja setuju, malah menggalakkan. Saya sendiri pun, selepas beberapa kali membuat solat Istikharah, saya rasa hati saya dah cukup mantap untuk menerima tawaran menyambung pelajaran di UK..” jawab Mr Topo tanpa ragu-ragu.

“Bagaimana dengan kamu?”, tanya Mr Topo pula.

“Saya tak boleh pergi… mak ayah saya tak kasi… Mereka lebih suka saya melanjutkan pelajaran disini… Lagipun, saya anak sulung. Saya perlu bantu mak ayah saya membesarkan adik-adik saya…” jawab Saffa dengan nada sedih…

Mr Topo tidak mampu berkata apa-apa… Hanya nada mendesahnya saja yang kedengaran disebalik tirai.

“Tak pe lah Topotato… kamu pergilah sambung pelajaran di UK… Bukan senang nak dapat peluang macam ni… Tak perlu risaukan saya ya…” kata Saffa cuba menenangkan Mr Topo. Walau bagaimana pun, hatinya bagaikan mahu menjerit tidak membenarkan Mr Topo pergi berjauhan dari dirinya.

Mr Topo masih berdiam diri. Mahu saja Mr Topo meluahkan apa yang terbuku dihatinya, tetapi suaranya hanya tersekat dikerongkong. Saffa melihat jam tangannya yang telah menunjukkan angka 11.00 pm. Kerana bimbang pertemuan mereka disurau akan disedari oleh orang lain dan bimbang mereka akan difitnah, Saffa kemudiannya meminta diri untuk pulang ke asrama. Tetapi Mr Topo melarang…

Saffa nanti dulu!...” akhirnya Mr Topo bersuara…

Saffa… Saya… berat hati untuk meninggalkan kamu… Tapi saya janji, saya akan masuk meminang kamu, bila saya balik dari UK nanti… Saya janji!”.

Saffa tersentak. Lidahnya kelu… Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Terasa satu titisan air mengalir dari dahinya. Mujur pandangan mereka berdua terhalang dengan langsir tirai pemisah antara tempat solat lelaki dan perempuan. Jika tidak sudah pasti Saffa akan berasa malu dengan wajah putih gebunya yang sudah bertukar menjadi merah jambu…

Saffa… kamu dengar tak?...” Tanya Mr Topo menegur Saffa yang tidak memberikan sebarang reaksi dengan apa yang dikatakan sebentar tadi.

Dengan perasaan yang tidak menentu dan hati yang masih berdebar-debar, Saffa menguatkan semangat untuk berbicara, “Saya dengar… Kamu serious mahu masuk meminang saya bila balik dari UK nanti, Topotato?”

“Ya… saya serious Saffa…”, jawab Mr Topo.

Saffa bagaikan mahu melompat gembira mendengar pengakuan dari Mr Topo.

“Baiklah… kalau macam tu, saya akan tunggu kamu, hingga kamu balik dari UK nanti…”, kata Saffa mengakhiri perjanjian mereka malam itu…

Lamunan Saffa terhenti apabila kereta yang dipandunya sudah pun menghampiri Pondok Tol Sungai Besi. Saffa meraba-raba tangannya mencari tiket tol didalam laci kecil yang terletak dibawah radio kereta. Kereta Proton Putra yang dipandunya, diberhentikan tepat dibelakang sebuah lori kontena. Sementara menunggu giliran membayar tol, Saffa sempat meraba beg tangannya mencari duit syiling untuk memudahkan pembayaran.

Selesai membayar tol, Saffa meneruskan perjalanannya memasuki Bandar Kuala Lumpur, menuju ke Jalan Pudu untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak di Jalan San Peng. Didalam perjalanan, Saffa menyambung lamunannya. Lamunan Saffa beralih kepada Shifa pula. Beberapa hari selepas kejadian termeterai perjanjian antara dirinya dan Mr Topo, Saffa mendapat panggilan telefon dari rakan karibnya dikampung, iaitu Shifa. Shifa menelefon kerana ingin berkongsi berita gembira, dimana dia juga telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UK. Sebagai seorang sahabat, Saffa tidak putus-putus mengucapkan syukur dan tahniah kepada Shifa. Juga mendoakan yang terbaik untuk rakan karibnya itu…

……………………………



Saffa masuk ke dalam rumah lalu melangkah ke dapur untuk menyimpan nasi baryani yang dibawanya ke dalam peti sejuk. Selepas menyimpan nasi baryani, Saffa terus melangkah ke bilik lalu membuka pintu bilik. Tanpa menghiraukan rakan sebiliknya, Akuro, yang sedang khusyuk menaip sesuatu di laptopnya sambil mendengar MP3 lagu-lagu nasyid, Saffa dengan langkah longlainya masuk ke dalam bilik, lalu duduk diatas katil. Beg tangannya diletakkan diatas meja kecil ditepi katil. Akuro sedikit hairan melihat Saffa yang balik ke rumah sewa terlalu awal, lalu menegur…

“Aik, awal kau balik Saffa? Bukan ker pagi tadi kau cakap, kau dah amik cuti untuk esok?...”, tanya Akuro kepada Saffa. Walaupun mulutnya bersuara, tumpuan Akuro masih tidak lekang dari laptopnya dan tangannya masih ligat menaip sesuatu pada keyboard laptop tersebut.

Saffa langsung tidak menjawab. Hanya bunyi MP3 lagu kumpulan nasyid Firdaus saja yang kedengaran.

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu…

Mendengar lagu tersebut, air mata Saffa sekali lagi menitis. Akuro yang mendengar esakkan tangis Saffa, menoleh lalu bangun dari meja komputer dan terus memeluk Saffa.

Saffa… sabar Saffa… sabar ya…”, Akuro cuba memujuk Saffa. Didalam kepala Akuro, timbul seribu satu persoalan melihat keadaan rakan sebiliknya Saffa yang tiba-tiba menjadi begitu. Seingat Akuro, semasa Saffa hendak balik ke kampung pagi tadi, Saffa bukan main gembira kerana hendak melihat majlis perkahwinan rakan karibnya dikampung.

“4 tahun, Akuro…. 4 tahun aku tunggu dia, Akuro…isk..isk… Aku tak sangka dia dah berkahwin dengan kawan baik aku sendiri… uhuk…uhuk…”, Saffa memulakan bicara dengan nada tersedu-sedu…

“Astarghfirullah…”, Akuro hanya mampu mengucap sambil menggosok-gosok bahu Saffa, cuba membantu meredakan tangisan Saffa. Perlahan-lahan, Akuro melepaskan pelukan dari Saffa. Hati Akuro terusik mendengar apa yang diperkatakan Saffa sebentar tadi. Tetapi masih kurang jelas dengan cerita yang sebenarnya.

Saffa, cuba kau cerita kat aku, apa sebenarnya yang dah berlaku nih?”, tanya Akuro meminta penjelasan yang lebih dari Saffa. Dengan tangisan yang masih bersisa, Saffa menceritakan bagaimana dia menemui Mr Topotato yang kini sudah pun menjadi suami yang sah kepada rakan karibnya Shifa, tengah hari tadi. Juga menceritakan hubungan dan janji yang termeterai diantara dirinya dan Mr Topo yang berlaku 4 tahun yang lalu…

Akuro hanya mampu menarik nafas panjang mendengar cerita Saffa. Sungguh Akuro dapat membayangkan betapa pilu hati rakan sebiliknya yang sedang kecewa ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Saffa, kalau aku tahu la kau akan jadi macam nih, aku tak kasi kau datang majlis perkahwinan kawan kau tu… Sabarlah ye Saffa, mungkin Allah s.w.t dah pun mentakdirkan yang Mr Topo bukan jodoh kau.”, kata Akuro, cuba menenangkan Saffa.

“Sebentar ya…”. Akuro bingkas bangun dari duduk lalu mengambil Tafsiran Al-Quran berwarna merah yang berbentuk seperti diari dari dalam almari bajunya. Kemudian duduk semula disebelah Saffa. Akuro mula membuka Tafsiran Al-Quran itu dan membaca tafsiran ayat di muka surat 34 Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang berbunyi;

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Saffa memandang Akuro, lalu bertanya, “Apa maksud ayat tu Akuro? Aku kurang faham…”

“Ok, begini… Sebenarnya aku nak ambil ayat dari surah Al-Baqarah ni yang bermaksud, ‘Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’. Saffa… apa saja peristiwa pahit yag kita alami, sudah tentu kita takkan suka kan? Tapi percayalah, setiap apa yang berlaku tu, ada hikmahnya. Mungkin kita takkan nampak hikmah dia dalam masa sekarang, tapi pada masa akan datang, Allah pasti akan bukakan mata hati kita, untuk kita lihat hikmah disebalik apa yang berlaku pada hari nih. Lagipun, Allah s.w.t telah menciptakan manusia itu berpasangan. Mungkin sudah ditakdirkan kau tidak dijodohkan dengan Mr Topo, tetapi manalah tahu, pada masa akan datang, kau ditakdirkan akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari Mr Topo untuk diri kau. Sabarlah Saffa… Tabahkan hati ya…” terang Akuro kepada Saffa.

Saffa mengangguk-angguk perlahan mendengar kata-kata Akuro. Lalu berkata, “Tapi Akuro, hati aku sakit sangat Akuro… Sakit sangat-sangat… Bukan senang aku nak lupakan dia Akuro… Dia cinta pertama aku!...”

Akuro menggenggam erat kedua-dua tangan Saffa untuk memberi kekuatan pada Saffa

“Be strong Saffa… Aku faham, bukan senang untuk kita melupakan orang pertama yang berjaya mencuri hati kita. Apa lagi kalau orang tu adalah kekasih kita, yang pernah kita sayang… memang kita susah nak lupakan dia… perlahan-lahanlah Saffa… Buat masa sekarang nih, kau banyakkanlah membaca Al-Quran, jangan tinggal solat, dan buat Tahajud dan Solat Hajat minta Allah tabahkan hati kau untuk terima segala dugaan dariNya… Aku yakin kau boleh hadapi dugaan nih, Saffa…” Akuro tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada Saffa. Dengan harapan, rakan sebiliknya dapat menghadapi peristiwa pahit ini dengan tabah dan redha.

Saffa sekali lagi memeluk Akuro lalu mengucapkan terima kasih kerana sudi menenangkannya dan memberi semangat untuk dirinya dalam menghadapi peristiwa pahit ini. Akuro kemudian melepaskan pelukan, lalu mengingatkan Saffa untuk menunaikan solat Isyak’. Dengan hati yang masih mempunyai sisa-sisa kesedihan, Saffa pergi mengambil wudhuk dan menunaikan solat Isyak.

Diakhir solat, Saffa berdoa…

Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .



..............................


*Petikan lagu;
+ Dan Sebenarnya- Yuna
+ Menangislah Dibahuku- Firdaus

*Petikan doa;
+ Doa Untuk Kekasih

Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

12 Kata Pelawat:

Azah said...

salam...
thank you very much sudi join contest ni...
nanti saya akan go through semua dan umumkan pemenang dalam masa terdekat ni.

(",)

AKURO SAN said...

uiks,
ok... ingatkan dah terlambat nak masuk contest nih...

Anil Wanina said...

owh.. very touching.... citer betul ke hanya rekaan semata2.. hehe...

AKURO SAN said...

cerita ni rekaan semata-mata kak Anil...
hehe...

iza~de~bintang said...

wah macam real jer hehehe. rupa2nya masuk contest. ;;)

nur nina said...

bestttt~ boleh rasa kekecewaan saffa tu.. uhuk2.. :((

abdus said...

topo.. sampai hati ko topo.. tak jemput pun aku. budak kelas kut.

hahahaha!

AKURO SAN said...

iza~de~bintang: eh, ye ker mcm real? huhu... tak tahu la... tetiba dpt idea buat cerita sadis mcm tu... hik..hik... :))

AKURO SAN said...

nur nina: hehe... nina baca dgn penuh penghayatan tu... thanks nina, sbb sudi baca mininovel ni...

AKURO SAN said...

abdus: alamak! haha... kawan sekelas topo ek? kirim salam saya, kat topo ye... hehe..

aku zaty said...

best nye cerpen nie!
siyes touching giler..
mcm real story plak..
huhu..T___T

balqisuzma said...

best cite ni...ehe tuan blog..mintak izin copy doa tu eyh...=)

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top