Mutiara Kata



Jalani Hidup Apa Adanya


Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup. Dan anda adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran.


Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau mahu selamat dengan adil dan bijaksana. Kerana setiap luka ada harganya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hati yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan, dan dua pendapat yang ber-tentangan; yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.

Dunia adalah terlaknat. Semua yang ada di dalamnya terlaknat, kecuali zikir (ingat) kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan hamba kepadaNya, serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat. (Al-Hadith)


Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan anda menerawang ke alam imaginasi. Hadapi kehidupan ini apa adanya; kawallah jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya! Bagaimanapun, tidak mungkin semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda. Sebab, ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia.

Bahkan, isteri anda pun tidak akan pernah sempurna di mata anda. Maka kata hadith;

Jangan seorang mukmin membenci wanita mukminah (yang menjadi isterinya), kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia kan menyukai perangainya yang lain.


Adalah sayugianya apabila kita merapatkan barisan, menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, mengambil hal-hal yang mudah kita lakukan, meninggalkan hal-hal yang menyulitkan, menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah dan mengesampingkan berbagai hal yang mengganggu.


Rujukan: Buku La Tahzan, Bab 20...
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

4 Kata Pelawat:

iza~de~bintang said...

betul betul betul setuju...
dan setelah kita mampu untuk jalani hidup apa adanya akhirnya kita akan sedar bahawa "kita lebih beruntung daripada yang lain" ~ la tahzan bab 21 :)

Framestone said...

salam ziarah juga ke blog kamu...

bile diperhatikan rupanya blog kita hampir serupa kan

AKURO SAN said...

iza~de~bintang: yup! oh, iza pun dah baca buku la tahzan ni yerk... hehe..

AKURO SAN said...

framestone: ha'ah, saya pun masa ziarah blog kamu, perasan gak yg template blog kita ni sama. tapi bezanya, template ni dah diubah ikut kreativiti masing2...

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top