Mutiara Kata



Kelebihan Surah Yasin


Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, seperti biasa saya akan keluarkan entry tazkirah atau entry Islamic untuk peringatan kita bersama. Kali ini, saya ingin berkongsikan ilmu kelebihan membaca Surah Yaasin. Sebelum itu, bagi sesiapa yang nak mendownload bacaan Surah Yasin dari Saad Said Al-Ghamidi, boleh la mendownloadnya di bawah ini.

Surah Yasin.mp3

Dan dibawah ini adalah kelebihan membaca Surah Yasin yang saya ambil dari blog AhmadZaki. Semoga ianya memberi manfaat dan menjadi amalan kepada kita yang membacanya.

SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 – Hancur Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat Ayat 82 – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton – Elok untuk kulit
Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.

—————————————————————–

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.



Rujukan;
http://ahmadzaki.wordpress.com/
http://fauzynm.e-belia.net/
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

5 Kata Pelawat:

::AnEp:: said...

alhamdulillah..info yang bergune...mari sama2 kite amalkan surah yasin nie..

AKURO SAN said...

ya... Insya'Allah...

Piratz said...

aku dah add kamo0

AKURO SAN said...

piratz; ok.. thanks...

Eyna's said...

Salam...nak minta izin copy paste bahan ni dan letak dlm blog sy ye...


Thanks...
Eyna
New follower

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top