
Sepanjang mengambil gambar, saya sangat-sangat kecewa dengan handphone Cyeber-Shot saya yang dah menunjukkan tanda-tanda dah nak hampir nazak. Dimana gambar yang diambil pada waktu malam kebanyakannya kabur... sedih betul saya... isk..isk..
Haishh... Mana la saya nak 'cekau' duit nak beli digicam baru? huhu... 
Walaubagaimana pun, saya masih lagi bersyukur kerana masih mempunyai handphone Cyeber-Shot ini untuk saya rakamkan segala kenangan yang berlaku dalam hidup saya. Dan secara jujurnya, saya beli handphone Cyeber-Shot ni dulu pun, kerana digicamnya... bukan kerana handphone nya... hehe...

Ok, berbalik pada Program Seni Budaya pada sebelah malamnya pula...




Lepas persembahan tarian China nih, saya pun beredar dari situ. Sebab pergi dengan Mak Cik kan... Mak Cik saya tak nak balik jauh malam. Jadi, itu yang beredar awal tanpa melihat persembahan Haziq AF dan Biduan Aspalella Abdullah...
Akhir kata, saya harap kalau ada lagi Majlis untuk menanamkan sikap gotong-royong dan bekerjasama macam ni, harap boleh diadakan dengan 'Program Perdana Hal Ehwal Islam' ker, atau sedikit 'Majlis Ceramah Motivasi'. Jadi adalah sedikit pengisian untuk Majlis sebegini. Bukan setakat hiduran semata-mata. Agak menyedihkan, bila ada persembahan tarian dan hiburan dipentas hadapan, tetapi dibahagian belakang, terdapat sekumpulan orang lelaki kampung yang sedang membuat persembahan Berzanji dan membaca ayat suci Al-Quran, dengan suara bacaan yang tenggelam suaranya dek muzik nyanyian dan tarian diatas pentas. Sangat Menyedihkan...

Ok, itu saja untuk Entry kali nih...


0 Kata Pelawat:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...