Mutiara Kata



Hantu Michael Jackson?

Saya teringat semasa saya masih belajar di IPT. Saya ada rapat dengan seorang bekas student DQU yang merupakan junior saya. Pernah saya keluar makan dengan junior saya nih, bersama-sama dengan 2 orang junior perempuan yang lain. Salah seorang junior saya yang perempuan ni ada la tunjuk gambar video rakaman hantu di dalam handphone nya. Hantu tu berambut panjang, berbaju putih, dengan kedua-dua tangannya diletak ke perut seperti sedang mendukung sesuatu. Di dalam video tu, hantu tu kelihatan menjelma dan bergerak di bilik kawasan loker hospital dan kemudian hilang semula. Seperti yang diceritakan, video rakaman hantu didalam sebuah hospital tu dirakam sendiri menggunakan video kamera hospital oleh 'rakan kepada rakannya' yang bekerja sebagai Jaga di hospital tersebut.




Apa yang menghairankan, bagaimana hantu tu boleh menjelma dan boleh di'tangkap' gambarnya menggunakan video kamera? Walau bagaimana pun, ianya bukan sesuatu yang mustahil bukan? Seperti yang dikatakan oleh junior saya bekas student DQU pun, "Alah Kak... Hantu pun nak popular gak...hehe..." Dengan cara menjelmakan diri di dalam gambar atau video kamera, ianya boleh membuktikan yang makhluk halus ciptaan Allah s.w.t ini memang wujud... Wallahu'alam...

Ok, berbalik pada tajuk yang nak diceritakan. Jadi saya tidak hairan jika video yang dirakam didalam rumah Raja Pop Dunia (Michael Jackson) ini dapat 'menangkap' kelibat makhluk halus yang sedang berkeliaran di situ. Sama ada ianya adalah hantu Michael Jackson itu sendiri atau pun makhluk lain yang memang sudah ada di situ, kita pun tak tahu... Apa tidaknya, rumah yang sangat besar dan luas itu, hanya di huni oleh Michael Jackson sorang? Jangan kata rumah besar, malah rumah kecil pun kalau jarang di duduki orang, sudah pasti ada 'penghuni' lain yang akan tinggal disitu. Betul tak?

Baiklah, bagi sesiapa yang masih belum menonton video rakaman makhluk halus di 'Neverland' yang dikatakan Hantu Michael Jackson ini, boleh la menontonnya dibawah ni... Untuk mengetahui cerita lanjut tentang hantu Michael Jackson nih, boleh la membacanya di Oh! Artis.



Nota Kaki; Dasyat la Michael Jackson nih... Dari orangnya masih hidup popular, sampai dah mati pun, Hantunya juga popular? ish..ish..ish... :04:


Rujukan; Oh! Artis
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

0 Kata Pelawat:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top