Mutiara Kata



Darah Manis


Baru-baru ni saya ada mengajak seorang rakan rapat saya dikampung pergi ke Majlis Aerocarnival yang bakal diadakan di IPT tempat saya belajar pada hari Sabtu atau Ahad ini. Kami ber'sms lebih kurang begini;

F: Askm. Pekaba? ganggu ke? Eh, 25-26 ni ada 'karnival kerjaya & keushawanan bidang penerbangan & earoangkasa' kat MIAT. Ko dah tahu lom?
Saya: Tahu.. Ko nak ikut aku gi sana ker?
F: x boleh la. Aku keje. Ingatkan ko x tau. Sabtu ni kat muar pun ada 'karnival kerjaya' gak.
Saya: Kita gi ari ahad la.. Boleh?
F: 1 hari bertolak. boleh ker? Aku nak jugak gi. Nanti aku tanye tunang aku dulu ye. kalau dia bagi, aku gi.
Saya: ok.

beberapa minit lepas tuh...

F: tunang aku x bg la. dia kata risau 'DARAH MANIS'.
Saya: Dah agak dah.. Ok, x per lah..
F: sorry ek.. jangan marah tau..
Saya: ok.

Hurmm, begitulah al-kisahnya... Waktu rakan saya beritahu dia mahu bertanya pada tunangnya dulu, saya sudah menjangkakan yang jawapannya sudah tentu 'tak boleh'. Alasan yang diberikan pula, kerana Darah Manis. Darah Manis? Darah manis tu sebenarnya apa yerk? Bila orang bertunang jer, mesti dikaitkan dengan 'Darah Manis'. Ada yang kata, darah manis ni adalah ungkapan yang menggambarkan dugaan bagi mereka yang sudah memegang status bertunang. Dugaannya pula tak kira besar atau kecil sudah pasti akan menimbulkan kerisauan dan syak wasangka, tak kira sama ada bagi yang lelaki atau pun yang perempuan. Kalau yang perempuan, jika sebelum ni tidak pernah diganggu atau disapa oleh insan yang bergelar lelaki, mungkin pada waktu ini ia akan menjadi perhatian, dan menerima sapaan dari lelaki lain. Begitu juga dengan si lelaki.

Maklumlah, orang yang sudah bertunang ni wajahnya berseri-seri dari kebiasaannya. Malah kalau boleh dilihat 'aura' yang keluar dari diri mereka, saya yakin 'aura' mereka berbeza dari orang yang belum bertunang dan orang yang sudah berkahwin. Kalau orang yang sedang bercinta atau baru jatuh cinta dikaitkan dengan 'aura pink', boleh jadi orang yang bertunang mempunyai 'warna aura' yang tersendiri. Dan ianya menjadi satu tarikan yang membuatkan orang lain 'berkenan' nak berkenalan atau berkawan dengan lebih rapat lagi dari sebelumnya. Berkawan tu bukannya tak boleh, tapi kenalah ingatkan diri yang sudah pun berpunya dan hampir melangkah ke alam rumah tangga. Waktu-waktu begini, syaitan pula tidak akan senang duduk. Mereka akan lebih hebat menggoda dan meniupkan perasaan syak wasangka untuk cuba meleraikan niat untuk melangkah ke alam rumah tangga. Jika pasangan yang bertunang berjaya melangkah ke alam rumah tangga, maka menangislah syaitan kerana tidak boleh memperdayakan mereka untuk berbuat maksiat lagi.

Saling doa-mendoakan sesama pasangan juga sangat penting pada waktu ini. Berdoalah supaya tabah dan sabar dalam mengharungi detik pertunangan dan seterusnya selamat sampai ke alam perkahwinan. Selain itu perlu juga di ingat tujuan sebenar pertunangan. Bertunang adalah bertujuan untuk berkenal-kenalan sesama pasangan. Berkenalan disini, bukan sekadar mengenali diri pasangan masing-masing, tetapi mengenali ahli keluarganya. Ia juga merupakan jalan persediaan untuk melangkah ke alam rumah tangga. Jangan pula status pertunangan dijadikan tiket untuk tidak menjaga batasan hijab. Perlu di ingat, bertunang bukan bermakna sudah berkahwin.


Amboi! bukan main panjang lagi saya bercerita mengenai pertunangan yerk... hehe... Baiklah, bukan apa... Sebenarnya saya sendiri tidak pasti sama ada saya rasa terkilan atau pun rasa sedih kerana rakan saya tidak dapat menemankan saya untuk pergi ke Aerocarnival tuh. Walaubagaimana pun, saya tidak menyalahkan keadaannya yang memang perlu berhati-hati dan menjaga diri pada waktu 'berdarah manis' nih. Cuma apa yang saya terfikir, saya kini sudah tidak mempunyai rakan yang boleh saya ajak untuk pergi menemankan saya ke mana-mana atau berkongsi apa-apa. Majoriti rakan-rakan saya sudah pun bergelar isteri dan sorang kawan saya yang tinggal ni pun, bakal bergelar isteri juga. Walaupun masih belum bergelar isteri, tetapi sudah nampak keadaan dirinya tidak akan mempunyai waktu untuk bertemu dengan saya sebagai seorang rakan. Sedangkan saya adalah rakannya yang perempuan, bukan lelaki pun.

Tapi tak aper lah. Apa yang boleh saya buat, hanya cuba memahami keadaan dirinya. Saya akui, saya tidak pernah bercinta, bercouple, apa lagi bertunang. Saya tidak mempunyai pengalaman untuk berkata mengenai hal ini semua. Tetapi melihat apa yang berlaku pada rakan-rakan saya, saya cuba belajar, ambil iktibar dan memahami. Mungkin ada sesetengah perkara yang saya tidak setuju. Terutamanya mengenai couple dan bercinta. Ada sesetengah lelaki yang beria-ria mengkontrol teman wanita atau bakal isteri kerana mahukan teman wanita/bakal isteri yang bagus dan baik, sampai nak keluar rumah pun, kena minta kebenaran darinya. Tetapi dalam masa yang sama, dia sendiri tak sudah-sudah enjoy dan bersuka-ria bersama rakan-rakannya. Ada pula sesetengahnya yang beria-ria menyuruh teman wanita/bakal isterinya menutup aurat bila keluar rumah. Hurmm... ok lah tu. Tapi yang jadi tak ok nyer, bila keluar dengan dia, boleh pulak suruh tanggal tudung. Alasan, "Alah... saya kan bakal suami kamu..." (Subhanallah... minta dijauhkan diri saya dengan lelaki-lelaki yang sebegitu...)


**************


Diwaktu artikel ini ditaip, saya masih lagi berstatus 'single' dan 'bujang'. Kalau menjadi, tak lama lagi blog ini akan bertukar domain dan akan berhijrah dari Blogspot ke Wordpress.org. Saya harap, artikel 'Darah Manis' ini akan menjadi peringatan untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya. Jika pada masa akan datang, giliran saya pula berada di alam pertunangan dan blog ini masih wujud, Semoga entry kali ini akan dapat saya baca semula untuk peringatan pada diri saya pada waktu itu nanti...

Sekian, entry kali ini...
~Kepada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman waktu bertunang, atau ingin memberi sebarang nasihat, boleh lah menaipnya diruangan komen ya... Terima kasih...
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

17 Kata Pelawat:

Ro Zhaf Zeck said...

aku xtunang lagi.tp pada pendapat ak tunang dia tu xpatut larang F g karnival tu. karnival tu kan tempat baik2.disini patutnya dia kena letakkan sepenuh kepercayaan kpd bakal isteri dia, kalo F tu setia mesti dia wat benda2 yg baik je kn, lebih2 lagi dia kuar ngn kawan2 cm awk.
bukankah suami-isteri itu dibina berlandas kepercayaan?

suezen said...

erk.....darah manis ka???mayb lah..but it depends lah ngan org tuh..kalo x layan...mmg x jalanlah:)

simpsons said...

saya single lg tp darah manis..cene nih?

AkuroSan said...

Ro Zhaf Zeck: ya, betul... saya setuju dgn pendapat kamu.

AkuroSan said...

suezensuzanna: oh, ye ker?... mungkin setiap org dugaan dia berbeza kot...

AkuroSan said...

mahfuzgrades: ermm... kamu banyak sgt makan gula kot... :D

DilOt said...

darah manis...mmm..sokong dengan kate Ro Zhaf Zeck...

darah manis tu bukannye tak boleh berjalan..boleh..tp perlu lebih berhati2 dan berjage2...kadangkala kita ni terlalu leka dan alpa..,,,

tak kira waktu bertunang atau tidak...kita mmg perlu lebih berhati2, berjage2 dan jage maruah kita sebaik mungkin,...

firzie said...

:-/ aku mcm kenal je sms ko tulis 2...

betul ke aku darah manis...aku xpnah pon rasa aku ni darah manis w'pun org selalu ckp kalu dah betunang drh manis...

xpe la...biar darah manis...
jangan kencing manis sudah...
nnt kene ptg kaki...

AkuroSan said...

Dilot: ya, betul... tak kira belum bertunang atau dah bertunang, maruah sudah pastinya perlu dijaga...

AkuroSan said...

Firzie: eh, kenal ek msg tu? hehe... baru saya tahu yg kamu ada blog gak. elakkan makan gula berlebihan. baru tak kena kencing manis... hehe...

Fifie Ierina said...

salam..

hurm, topik yg menarik! selama nie tau klu orang sebut pasal darah manis bg yg da bertunang, tp xpnh tau pe mksdnye..

pd sy, die ley nk halang tunang die dr ikut awak.. tp harus berpada2 la, sy rasa klu kawan awak pndai jaga diri, insyaAllah xkn ade yg perlu drisaukan klu darah pahit sekalipn.. hehe~

pd sy, waktu bertunang mmg byk dugaan.. syaitan mmg ske menghasut anak2 adam yg nk mendirikan rumah tangga, so ketahanan mental harus kuat..

wallahualam... :)

azizwan(dot)com said...

tak tau plak aku org yg bertunang ni berdarah manis sbb aku tak pernah rasa. hahaha.. sorry la, tak tau nk komen apa pasal darah manis dan kawan cik akuro san tu, jd terpaksalah merepek sat. hehehe..

firzie said...

AKURO SAN..nak luah xpuas hati blh x...
sebelum ni ada seorg lelaki nak berkawan..
mula2 selalu senyum, tegur2, kdg2 beborak..
tp bila sy kata dah bertunang die langsung xnak pandang...senyum pon x...
ada sorg lagi ni kenal melalui YM...
bile dah berkawan die mintak pulak no fon..
bile sy terus trg dah betunang terus die offline and delete sy dr friend tagged...

huhhh...mereka berdua adalah lelaki...
knp??? salah ke berkawan dgn perempuan dah bertunang????

AkuroSan said...

Fifie Ierina: ya... diakui syaitan mmg kuat mengacau dlm waktu bertunang ni dan saya tak nafikan, mmg tunang dia 'berhak' utk halang kawan saya dr ikut saya. sbb tu saya kata kat entry nih, saya hanya mampu utk cuba memahami. itu shj...

AkuroSan said...

azizwan(dot)com: hehe... tak per, nak merepek kat sini selalu pun, boleh... hoho~~

AkuroSan said...

firzie: erk~ ada kes mcm tu pulak ker? ermm... better biarkan saja org yg mcm tu. biasa org yg mcm tu, dia bukannya ikhlas nak berkawan dgn kita. mungkin dia nak ajak kita ber'couple' agaknya. tu yg bila dia dpt tahu kita dah bertunang, dia buat mcm tu...

biarkan jer lah org yg mcm tu... kalau dia dah tak nak berkawan dgn kita, kita kawanlah dgn org lain. nak buat apa berkawan dgn org yg tak ikhlas nak berkawan dgn kita? kalau dia ikhlas, dah tentu dia tak akan kisah, walau dia dpt tahu yg kita dah bertunang. sbb dia cuma nak berkawan saja kan?...

Blogger said...

Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

At least 160 000 men and women are trying a simple and secret "liquid hack" to lose 2 lbs each night as they sleep.

It is painless and it works with everybody.

Just follow these easy step:

1) Go get a drinking glass and fill it up half full

2) Then follow this weight losing HACK

and you'll be 2 lbs lighter as soon as tomorrow!

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top