Mutiara Kata



Bagaimana 'Kapal Terbang' Boleh Terbang?

Saya teringat waktu pertama kali saya pergi ke sesi interview untuk menyambung pelajaran dalam bidang AVIATION. Sesi interview dibuat di Bangunan MARA yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Macam-macam ragam yang saya lihat semasa sampai disana. Ada di antara calon temuduga yang terpaksa balik ke rumah semula kerana tidak berpakaian formal, ada yang menangis kerana takut, ada yang khusyuk menatap buku Fizik, sibuk berbual-bual bersama rakan, dan macam-macam lagi...

Selepas mendaftar nama dan ambil nombor giliran, saya pun duduklah ditempat duduk menunggu, sementara menunggu nombor giliran dipanggil untuk masuk ke bilik interview. Beberapa minit kemudian, seorang calon interview keluar dari bilik interview. Beberapa orang calon yang lain menghampiri calon interview yang baru keluar tadi, lalu bertanya, "Apa yang dia tanya?... Apa yang dia tanya?..." (mereka nih sesama geng kot...) Calon yang dah lepas interview pun jawab,"Ala... senang jer... dia tanya, Bagaimana 'Kapal Terbang' boleh Terbang?" Rakannya yang lain bertanya lagi,"Habis, ko jawab apa?". "Aku jawablah, Bila pilot hidupkan enjin kapal terbang, enjin kapal terbang akan menghasilkan tenaga menolak kapal terbang ke hadapan, hasil penolakan dari enjin kapal terbang itulah yang membuatkan kapal terbang tu terbang!". Jawab calon tadi dengan penuh confident. Selepas mengucap 'Good Luck' pada rakan-rakannya yang lain, calon tadi pun berlalu dari situ.

Semasa mendengar perbualan mereka, saya ada teringat pada buku nota Fizik yang pernah saya baca, dimana kapal terbang ada dikaitkan dengan 'Prinsip Bernoulli'. Tapi untuk menerangkan apa kaitannya dengan 'kapal terbang yang terbang', saya agak kurang pasti... hehe...

Oklah, sebenarnya apabila sesebuah kapal terbang itu terbang, terdapat empat daya yang bertindak ke atasnya iaitu;

1) Daya tujah (thrust): Daya yang mendorong pesawat terbang bergerak ke hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin, maka semakin laju pesawat terbang bergerak ke hadapan.

2) Daya seret (drag): Daya yang menghalang pergerakan ke hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapat rintangan terhadap pergerakan udara. Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan daya seret yang besar. Oleh itu, sesebuah kapal terbang itu selalunya berbentuk larus dan licin bagi mengurangkan daya seret.

3) Daya angkat (lift): Daya yang mengangkat sesebuah pesawat terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap dan penaik. Daya angkat yang terhasil bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran, halaju pesawat terbang, luas sayap dan jenis sayap yang digunakan.

4) Berat (weight): Daya yang menarik pesawat terbang ke bawah dan ianya menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan tarikan graviti bumi dan nilainya bergantung kepada jisim sesuatu pesawat terbang. Semakin besar jisim, semakin berat dan susah untuk ia terbang.



Untuk sesebuah pesawat terbang bergerak ke hadapan, daya tujahnya mestilah lebih besar daripada daya seret manakala untuk terbang ke atas pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada berat.

Jadi, bagaimana 'Kapal Terbang' boleh terbang?

"Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa peningkatan dalam kelajuan sesuatu bendalir akan berlaku serentak dengan penurunan dalam tekanan bendalir tersebut."


Bentuk Aerofoil

Lanjutan daripada prinsip inilah yang membawa kepada penemuan konsep aerofoil yang meluas digunakan pada hari ini. Dimana, wujudnya perbezaan tekanan di antara dua bahagian aerofoil tersebut. Pada bahagian atas, tekanan udara adalah rendah manakala pada bahagian bawah pula, udara bertekanan tinggi. Udara yang bertekanan tinggi ini akan bergerak ke atas menuju ke udara yang bertekanan rendah. Pergerakan ini akan menolak aerofoil ke atas dan membolehkannya terbang di udara. Fenomena inilah yang mewujudkan daya angkat pada sesebuah pesawat terbang.


Source:
rc-airplane-world.com
Wikipedia.
KapalTerbang Blogdrive.
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

10 Kata Pelawat:

simpsons said...

mari sama2 kite blajar theory of flight..hahaha..ade mid term x?

AkuroSan said...

currentreader: aik, tanya mid term lak dia... apsal? nak soklan bocor ker? hehe...

Anonymous said...

thxs...
benda ni banyak bagi maklumat kat aku...
aku nk pergi interview kat unikl (engeneering tecnologi in avionics)

Anonymous said...

baju nk g interbiu cm ne?

Anonymous said...

Appreсiаte this pοst. Let mе try
it out.
My web site : 1 month loan

Anonymous said...

I everу time used to read ρost in news рaρers but
nοω as I am a user of web therefore fгom now I am
uѕing net foг posts, thаnks tο web.


my sіte quick loans

Anonymous said...

What's Taking place i'm new to this, I ѕtumbleԁ upon this І haѵе
found Ӏt ρositіvely helpful аnd it haѕ аіdеd mе οut lоads.
I hoре to gіve a сontribution & hеlр other uѕers liκe
its аiԁeԁ me. Gгeаt job.


Feеl freе tο viѕit my
web-site :: payday loans

Anonymous said...

Awesome blоg! Do you have any helрful
hіnts fоr аѕpіring writеrs?
I'm planning to start my own blog soon but I'm a little
lost on eνerything. Would уou advise starting wіth a free platform like Wordρгess
or go fοr a paid optіon? Therе are so manу choices
οut therе thаt І'm totally overwhelmed .. Any ideas? Kudos!

my web blog ... payday loans no credit check

Anonymous said...

Undеniably believe thаt which you stated.
Your faѵorite reason seemed to be on thе
internet the easiest thing to be аωare of.
I ѕаy to you, I dеfinitelу get iгked while people сonѕiԁer worries that theу plainly do not know
about. Υou manageԁ to hit the nail uρon thе top and alѕο ԁefіneԁ out the whole thing without
having sіԁe effect , people can taκе a signal.
Will lіκelу be back to get more.
Τhanκs

Alsο ѵisit my web blog ... payday loans

Anonymous said...

Whеn I initially commеntеd I aρpеar to have clickеԁ
the -Notіfy me when new сomments are adԁed- checκbox anԁ nοω ωhenever a comment
is aԁԁed I rесieve four еmails wіth the same commеnt.
Iѕ there а means уou аre able tο геmοvе
mе from that ѕerviсe? Тhаnκs!


Fеel fгee to visіt my wеb sіte payday loans

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top