Posting kali ini, saya ingin berkongsi 1 petikan/ babak cerita dari filem 'Laila Isabella'. Saya yakin anda semua sudah pasti pernah menonton filem Laila Isabella yang pernah popular beberapa tahun yang lepas bukan? Kalau tak menontonnya di panggung, di televisyen pun rasanya dah banyak kali ditayangkan filem ni...
"Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan..." Inilah yang boleh saya katakan apabila menonton babak perbualan Nasha Aziz dan Rosyam Nor dalam petikan filem Laila Isabella yang ingin saya kongsikan ini. Semoga kata-kata motivasi dalam babak filem ini dapat memberikan kita semangat untuk meneruskan hidup ini...
Insya'Allah....
Petikan Perbualan filem 'Laila Isabella':
(bagi yang tak dapat tengok petikan movie diatas... mana la tahu, internet slow ker...)
Azam:
Kau tahu tak, hidup kita ni macam anak panah. Kita dah ada sasaran dah. Tepat-tepat sasaran tu. Kita dah 'aim' bagus sasaran tu. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu menyimpang jauh dari sasarannya. Lain yang kita nak, lain yang kita dapat. Suka ker, tak suka ker, terpaksa kita terima.
Laila:
betul...
Azam:
Walau apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan...
Laila:
Macam anak panah kan? Sebab tu aku tak pernah rancang apa-apa dalam hidup aku... Aku ekor jer...
Azam:
Apasal? Kau takut tak jadi?
Laila:
Aku? Takut tak jadi? huh!... Cuma aku rasa aku...
arghh... tak layak, nak rancang apa-apa pun...
Azam:
Hai... macam putus asa jer? Hidup jangan cepat putus asa. Hidup masih jauh lagi. Walau apa jadi sekali pun...
Laila:
Hidup Mesti Diteruskan... Aku tahu...
Azam:
Hah, bijak!... Dan Hidup Mesti Berani Terima Kenyataan... Berani menghadapi baik ker, buruk ker, jalan terus! Jangan toleh belakang... Dah la... Pergi tidur... Dah pagi dah ni...
Ok, that's all untuk posting motivasi kali ni...
Arigato...
5+1 Amalan Individu Bermotivasi Tinggi
1 month ago
2 Kata Pelawat:
anak pnh..yes....kiter hanya mampu merancang....Allah yang menentukan..:)
betul tu... yg penting, hidup jgn mudah putus asa... ; )
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment
Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...