Mutiara Kata



My Short Diary...

Hari ni, hari Jumaat....

Seperti biasa pukul 6 pagi, alarm handphone berbunyi dengan menyanyikan lagu 'Hujan- Dugaan Nya'. Saya cepat-cepat bangun, tutup alarm dan baring semula... Tahu tak kenapa lagu 'Hujan' ni jadi alarm? Sebab muzik lagu ni agak rancak... Jadi kalau tengah tidur tu, dengar lagu ni mesti akan tersedar cepat. Walau bagaimana pun, saya bukanlah peminat kumpulan 'Hujan' atau peminat lagu 'Dugaan Nya'. Cuma lagu ni tersimpan dalam handphone sebagai alarm sahaja...

Tak lama lepas alarm berbunyi, Azan Subuh pula berkumandang di Masjid Gersik yang terletak dihadapan rumah saya... Seperti biasa saya akan duduk diatas katil sambil mendengar bunyi Azan hingga habis. Kemudian baring semula... Beberapa minit lepas tu, barulah saya betul-betul bangun, ambil wudhuk dan tunaikan solat Subuh.. Berbeza sewaktu saya di asrama, waktu Azan Subuh saya akan terus bangun cuci muka, gosok gigi, ambil wudhuk dan terus bergegas ke surau utk solat berjamaah... Tapi kat rumah ni tak boleh la pulak nak buat macam tu...

Lepas solat Subuh, saya terus saja menyusun beberapa dokumen photostat yang diperlukan untuk melengkapkan resume. Dah siap semua, masuk dalam sampul surat dan gamkan ia... Lepas tu, print alamat company dan tampalkan ia pada sampul surat berisi dokumen tadi.. Siap dah... Ambil gambar jap sebelum diposkan.


Oh ya... setem tak tampal lagi...
Hmmm.... ni hah dia... setem nya...



Untuk hantar surat ber saiz A4, dah kena guna setem RM1 sekarang ni... Kalau tak silap saya, dulu cuma perlu guna setem 60 sen saja... Tapi itu harga setem pada 7 tahun yang lepas la... haha... Punyalah lama dah tak pernah hantar-menghantar surat ni... Maklum la, sekarang ni ramai orang yang dah celik IT... dari orang tua sampai ke orang muda, majoriti dah tahu guna internet... Kalau setakat nak tanya khabar, orang dah tak der tulis-tulis surat lagi dah... Email, YM, Friendster, Facebook dan macam-macam lagi yang ada pada zaman berteknologi canggih ni... Jauh lebih pantas dari zaman dulu... Orang dah tak perlu beratur panjang di Pejabat Pos untuk menghantar surat lagi...

Tapi yang saya bangun pagi-pagi untuk menghantar surat untuk mintak kerja nih? Apa dah KETINGGALAN ZAMAN ker?? hehe... Sekarang ni banyak Company yang dah buat sistem hantar resume melalui email. Ada yang dah buat 'borang memohon pekerjaan' pada website masing-masing. Manakala badan kerajaan pula kini hanya menggunakan SPA untuk mencari pekerja. Boleh dikatakan semuanya lebih mudah dengan menggunakan perkhidmatan internet.

Walau bagaimana pun, yang manual tidak boleh dilupakan. Kalau tidak ada yang manual, tidak akan ada yang digital. Kalau tidak ada yang dulu, masakan boleh ada yang sekarang? Kalau ada apa-apa yang terjadi pada surat yang saya hantar online, maka apa yang boleh saya jadikan 'backup' untuk memastikan surat saya sampai pada Company?

Jadi... itu lah sebabnya saya hantar surat melalui pos... tanduk
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

0 Kata Pelawat:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top