Mutiara Kata



Petanda Sebelum Kita Meninggal Dunia (For Muslim)

Jika entry sebelum ini saya telah berkongsi mengenai petanda apabila anggota badan kita berdenyut-denyut, kali ini saya ingin berkongsi mengenai petanda sebelum kita meninggal dunia. Kita tentu sudah mengetahui bahawa kita tidak dibenarkan tidur selepas waktu Asar kerana ianya boleh mewarisi gila dan boleh mendatangkan penyakit. Selain itu, salah satu hikmahnya kita tidak dibenarkan tidur selepas Asar ialah supaya kita dapat menyedari petanda sebelum kita meninggal dunia. Ini kerana petanda sebelum meninggal dunia ini akan kita rasai/ketahui selepas waktu Asar.

Membuat research di internet telah menemukan saya dengan beberapa website dan blog yang ada menerangkan mengenai 'Tanda 100 Hari Sebelum Mati'. Tetapi kebanyakan website dan blog ini tidak menerangkan dari mana sumber artikel 'Tanda 100 Hari Sebelum Mati' ini diperolehi. Semasa menghadiri Majlis Maulidur Rasul anjuran Kampung Hujung Tambak beberapa bulan yang lepas, saya telah mendengar ceramah mengenai tanda-tanda sebelum mati ini dari Ustaz Qufran, (Ustaz yang pernah mengajar saya sewaktu berada di Sekolah Agama Darjah Khas) yang menjadi Penceramah Undangan di majlis tersebut. Seperti yang Ustaz Qufran beritahu, terdapat 1 kitab yang menerangkan mengenai tanda-tanda sebelum mati ini. Didalam kitab ini ada menyebut, (tidak diberitahu judul kitab tersebut);

Tanda 100 Hari
~ Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 Hari
~ Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari
~ Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
~ Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Tanda 1 Hari
~ Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
~ Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

................................................

Selain itu, terdapat juga cara lain untuk kita mengetahui yang diri kita sudah pun menghampiri hari kematian. Seperti yang pernah diceritakan oleh Arwah Atuk belah Ayah saya, caranya lebih kurang begini;

~ Tekapkan kedua-dua belah tangan pada kedua-dua telinga kita. Adakah kita masih boleh mendengar bunyi deruan angin ditelinga kita?
~ Dengan menggunakan kedua-dua mata, cuba lihat hidung kita sendiri. Adakah kita masih dapat melihat batang hidung kita sendiri?

Sekiranya telinga kita sudah tidak mampu mendengar bunyi deruan angin dan mata kita tidak lagi dapat melihat batang hidung kita sendiri, maka ini bermakna kematian sudah pun menghampiri diri kita.

Maka gunakanlah peluang yang masih ada untuk kita tambahkan amalan, bertaubat, langsaikan hutang-piutang, dan bermaafan. Mudah-mudahan kita dipilih Allah s.w.t menjadi salah seorang yang mati dalam beriman kepadaNya...

Wallahua'lam....

Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

5 Kata Pelawat:

Jard The Great said...

salam singgah dari aku.. hehehe

AkuroSan said...

ye... jemput singgah... jemput singgah..

Nur Syafiqah Athirah said...

:)] HI

lyn said...

;;) Assalamualaikum

seman said...

salam perkenalan

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top