Mutiara Kata



Pabila Anggota Badan Berdenyut-denyut...

Hari ni saya telah berjumpa dengan rakan junior saya di TESCO Melaka. Memandangkan mak saya ingin melawat Pak Cik saya yang kini terlantar sakit di Hospital Melaka, jadi saya bawalah mak saya bertemu dengan rakan junior saya ni sekali sebelum pergi ke Hospital Melaka. Apa yang peliknya, sejak saya bertemu dengan junior saya di TESCO Melaka petang tadi, sampailah saya balik ke rumah, jari telunjuk saya yang sebelah kanan nih asyik berdenyut-denyut jer... Sampai saya terfikir, "Eh, aku ni ada sakit urat ker? kenapa jari telunjuk sebelah kanan ni asyik berdenyut-denyut jer?".

Jadi tanpa membuang masa, saya pun 'serve'lah internet untuk mencari apakah 'penyakit' yang telah menyerang saya sehingga jari telunjuk saya ni asyik berdenyut-denyut jer. Dan dibawah ini adalah jawapan yang saya dapat dari hasil pencarian saya di internet. Rupa-rupanya, jari telunjuk berdenyut-denyut nih bukannya satu 'penyakit', tetapi merupakan satu 'petanda'... Oklah, nak tahu apa dia? Jom baca keterangan dibawah...

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

Hmm... itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut tu... Walau bagaimana pun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja. Nak percaya sangat pun, kita tak tahu kesahihannya kan?
Ok... ini saja untuk entry kali ni...

Reference: Email Pilihan
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

61 Kata Pelawat:

Kakai said...

kak mazaya
post yg bgs
skrang bru tau klau denyut2x tu ada petanda lain
dulu dlu slalu ingat klau denyut2x mata x kira bhgian mana msti ingat bakal bakal dpt ssh

tpi skrang dh dpt tau dh mksdnya
eheeeeee
terima kasih infonyaa
:)

Anonymous said...

hi azza,kak lina nie. terjmpe blog azza nie....waa

masquerade said...

Kenapa xde senarai petanda untuk bahagian paha?

AkuroSan said...

Zirah salim: hmmm... itu lah, akk pun baru tahu pasal petanda ni lepas buat research.. huhu..

tekelit.nyibun: Hai K. Lina! what the small world? berjumpa jugak kita kat alam blogger ni yerk.. hehe..

masquerade: hmm.. tak pastilah akk.. buat masa nih, cuma ini sajalah senarai petanda denyutan pada badan yg akk jumpa...

nuyuljana said...

thanks for the info. :)

Anonymous said...

salam...nak tanya sikit...mana dapat info ni? kepercayaan kuno atau berlandaskan Islam? tidakkah syirik jika mempercayai perkara sebegini jika ia tidak berlandaskan Islam? tolong tunjukkan hadis mana yg dikorek ni? saya pun nak tahu..saya bukan pandai bab agama cuma takut syirik je...kalau benar ia mengikut Islam, tolong tunjukkan atau beritahu dari mana ia diperolehi...saya bukan berniat untuk mencari gaduh tetapi cuma mencari kebenaran...jika tidak berlandaskan Islam jangan sesekali mempercayainya

Anonymous said...

terima kasih atas info yg diberi...wlupon kita blm tentu ia blandaskan agama atau adat tetapi sekurang2 nye ada kebaikan untuk kita punyer pengetahuan bkn kepercayaan...thanks..

Anonymous said...

jari kaki lak cmne?? jari manis kaki sy ni asyk brgerak2 je.. misteri nusantara tul

Anonymous said...

pada pendapat saya ini cuma kepercayaan kuno...
contoh 1:
denyut di ubun-ubun = akan memperoleh pangkat..
sedangkan dalam pengetahuan agama islam dalam bab tanda2 sebelum kematian dinyatakan denyut di ubun-ubun adalah tanda 1hari sebelum mati.

contoh 2
denyut seleruh badan - akan saksi keindahan

tapi dalam bab tanda2 sebelum mati denyutan itu bermaksud tanda 100 hari sebelum mati...

Saya pernah bertanya dengan kawan saya seorang doktor.. dia menyatakan denyutan yg dialami adalah tindak balas otot. kdang kala otot penat/ perlu bergerak so otot itu akan berdenyut..

if nak tau lebih lagi.. surf ler...

Sesunguhnya Allah Maha Mengetahui...

Anonymous said...

Nk kongsi ckit, penah terjadi kt saya... MATA KANAN BAHAGIAN ATAS berkedip - agak2 2minggu
TANDA BURUK
kereta saya accident dgn teruk..

Anonymous said...

tapi sy lak dgr, if kiri yang buruk and baik..ini terbalik lak..harap2 baik2 jela semua kan,sbb mate kiri sy tgh galak berkedip2 neh

Anonymous said...

Hmm, sejak kebelakangan ni, paha dan kaki kanan i berdenyut, paha dan kaki kiri i berdenyut, even bontot i pun berdenyut. kadang2 bahagian depan and belakang i. kedua-dua belah tangan i pun berdenyut. macam mana ni?? 2 minggu nonstop tau. atau i tergolong dalam denyutan seluruh badan: bakal menyaksikan keindahan? atau denyutan ni, 100 hari sebelum i meninggal? i bukan percaya sangat tapi kadang-kadang, benda ni mempengaruhi hidup i. siapa-siapa boleh tolong bagi pendapat???

Anonymous said...

*kadang2 bahagian depan badan and belakang badan i

Pembetulan ayat di atas tadi

Anonymous said...

xsalah kita baca sebagai pengetahuan..yg ptg nawaitu tidak terpesong.

Anonymous said...

mungkin awak perlu bersenam kot... :) Jangan la percaya sangat... nanti syirik tau.. kalau betul pun berlaku, itu cuma kebetulan je.. tak yah risau sangat.. semua yang baik-baik, datang daripada Allah s.w.t, yang buruk-buruk tu dari kite manusia je.. mungkin memang awak tak buat jahat, mungkin orang lain yang akan buat jahat dgn awak.. kite sebagai manusia, berdoa yang baik-baik je okay? InsyaAllah, Allah perkenankan doa hambanya..

Anonymous said...

Hmm, nak percaya pun susah, tak percaya pun susah..
kenapa mesti ada tanda-tanda hari sebelum hujan? tanda-tanda air pasang surut? tanda-tanda sebelum hari kiamat? tanda-tanda sebelum orang meninggal? itulah buat aku pening tu...

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Cik adik or cik abang, :) ini hanya ramalan je. kita tak tahu kesahihannya lagi. Lagipun semua yang terjadi atau bakal terjadi, sudah di gariskan oleh Allah. Mungkin betul itu petanda tapi tak semestinya ramalan seseorang itu betul kan? Mungkin ada maksud lain? Berdoa yang baik-baik je. Kita juga mampu mengubahnya atau mengelakkan ianya terjadi dengan izin Allah. Jangan percaya sangat pasal ramalan ni. hukumnya syirik. Rahsia Allah, tiada siapa yang tahu.

-Wasalam-

Anonymous said...

:))
Memang la ada petanda.. Tapi tak sepatutnya guruh, maksudnya nak hujan.. tak semestinya muntah, maksudnya anda mengandung :p
Kalau cakap pasal mati, esok pun boleh mati...
Jadi.. tak semestinya sebelah kiri, bermaksud alamat tak baik hanya kerana tangan kanan untuk mencuci bahagian sulit dan tangan kanan untuk memberi dan mengambil sebagai tanda hormat dan adab..
Kalau sebelah kiri tu tak baik, kenapa Allah kurniakan manusia anggota badan sebelah kiri dan kanan bukan???? ;))

So, pendek kata, orang tua-tua yang meramal tu, bukannya tuhan... jangan percaya sangat benda-benda cam ni..

kalau denyutan di mata tu, mungkin anda stress, letih, terlalu banyak minum minuman berkaffein seperti Kopi.. Kalau anda tidak ada stress atau minum kopi banyak sangat, walau ada denyutan di mata sekalipun, jangan la fikir yang buruk-buruk... sebelah kanan ke, kiri ke, kita tetap tak tahu apa akan berlaku...

Lagipun, sebagai contoh, denyutan di mata kanan: akan mendapat wang.. macam tipu jer.. kita tiap2 bulan dapat gaji ape :p kenape mata tak berdenyut tiap2 bulan? AHAHAHAHA itulah buktinya, jgn percaya sangat..

Apa-apa yang berlaku, berserah kepada Allah dan berdoa kepadanya.... :)

Kalau badan berdenyut-denyut tu, cubalah bersenam sikit.. mungkin pengaruh cuaca juga boleh menyebabkan badan berdenyut.. mungkin laaaaa..

Wallahualam. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui...

Anonymous said...

EDIT::::

:))
Memang la ada petanda.. Tapi tak sepatutnya guruh, maksudnya nak hujan.. tak semestinya muntah, maksudnya anda mengandung :p
Kalau cakap pasal mati, esok pun boleh mati...
Jadi.. tak semestinya sebelah kiri, bermaksud alamat tak baik hanya kerana tangan KIRI untuk mencuci bahagian sulit dan tangan kanan untuk memberi dan mengambil sebagai tanda hormat dan adab..
Kalau sebelah kiri tu tak baik, kenapa Allah kurniakan manusia anggota badan sebelah kiri dan kanan bukan???? ;))

So, pendek kata, orang tua-tua yang meramal tu, bukannya tuhan... jangan percaya sangat benda-benda cam ni..

kalau denyutan di mata tu, mungkin anda stress, letih, terlalu banyak minum minuman berkaffein seperti Kopi.. Kalau anda tidak ada stress atau minum kopi banyak sangat, walau ada denyutan di mata sekalipun, jangan la fikir yang buruk-buruk... sebelah kanan ke, kiri ke, kita tetap tak tahu apa akan berlaku...

Lagipun, sebagai contoh, denyutan di mata kanan: akan mendapat wang.. macam tipu jer.. kita tiap2 bulan dapat gaji ape :p kenape mata tak berdenyut tiap2 bulan? AHAHAHAHA itulah buktinya, jgn percaya sangat..

Apa-apa yang berlaku, berserah kepada Allah dan berdoa kepadanya.... :)

Kalau badan berdenyut-denyut tu, cubalah bersenam sikit.. mungkin pengaruh cuaca juga boleh menyebabkan badan berdenyut.. mungkin laaaaa..

Wallahualam. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui...

Anonymous said...

AKU SETUJU DENGAN PENDAPAT YANG DI ATAS!!!!!! =))

Anonymous said...

Nenek haku pernah cakap, kalau orang yang biasa-biasa jek, denyutan hanya akan berlaku pada mata dan tangan mereka jek. Bagi yang mempunyai kelebihan dan mempunyai daya perasaan yg tajam, denyutan akan berlaku pada seluruh badan.
LOL! Haku tak tau. Tu nenek aku yg cakap la.
;))

Anonymous said...

8-}

Anonymous said...

Aku tak percaya dengan tafsiran yang di buat oleh orang dulu-dulu nih. Semua orang boleh mencipta tafsiran tapi manusia bukan tuhan. Ya, aku percaya setiap denyutan/gerakan mempunyai maksud yang tersembunyi kerana itu rahsia Allah S.W.T. Rahsia Allah, tiada siapa akan tahu. Aku juga setuju dgn komen di atas, Allah bagi petanda seperti contoh Petanda sebelum hujan turun, Macam mana nak tahu waktu asar, kita tgk matahari dan macam-macam lagi. Allah juga mengurniakan haiwan naluri. =) Haiwan juga tahu kalau cuaca buruk akan berlaku seperti akan berlakunya tsunami. Allah juga memberi petanda melalui mimpi juga. jadi begitu juga dengan denyutan. denyutan untuk otot yang perlukan senaman agak lain, kerana otot yang memerlukan senaman, denyutan nya agak keras tapi untuk denyutan petanda ni, denyutan nya agak lembut.
Allah mengurniakan manusia akal dan fikiran, gunakan sebaik-baiknya. syirik dan khurafat jawabnya jika mempercayai tafsiran. ketika sebagai hamba yang lemah, berdoa yang terbaik je.

Mashitoh said...

Banyak orang masih mempercayai bahawa terdapat firasat-firasat sebagai tanda akan terjadinya sesuatu. Kepercayaan ini tersebar luas diseluruh Indonesia khususnya. Pada pengalaman saya sendiri firasat-firasat berbentuk denyutan pada anggota tubuh badan kita ini ternyata ada benarnya dan bukan kepercayaan mistik semata-mata.

Namun bukan semua orang peka terhadap denyutan-denyutan yang terjadi pada anggota tubuh mereka. Saya sering kali bertanya kepada sahabat-sahabat saya jika mereka pernah mengalami denyutan-denyutan pada anggota badan mereka. Sebelum memberitahu bahawa denyutan-denyutan tersebut mempunyai maksud yang tersembunyi, mereka mengatakan bahawa mereka langsung tidak pernah merasa apa-apa denyutan. Akan tetapi, setelah saya memberitahu kepada mereka tentang maksud-maksud tersembunyi disebalik denyutan-denyutan yang terjadi itu, mereka menjadi lebih peka dan mula merasai denyutan-denyutan pada anggota badan mereka yang ternyata memberikan mereka tanda-tanda akan terjadinya sesuatu.

Hal ini terserah kepada anda untuk mempercayainya atau pun tidak, namun bagi diri saya jarang sekali firasat ini meleset.

Anonymous said...

Boleh bace.. tapi jgn percaye........

Anonymous said...

tetapi disini saya ingin menyatakan..bahawa tanda denyut-denyut di ubun2..adalah tanda kematian..maka disitulah kita diperingatkan untuk mempebanyakkan amalan kita..
sekadar berkongsi info

Anonymous said...

sesat!!
hanya ALLAH yg tahu segalanya
petandanya urat ko bergerak sbb bnyak jin duk lalu lalang atopun trafik jam kat salur darah ko rentetan penuh dgn jin. wakakakkaka. ;p

Anonymous said...

kalau ada denyutan seluruh badan, lebih baik pergi berbekam. aku pernah baca satu article dulu tapi tak ingat article mana la.

Anonymous said...

http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/1.gif semua itu adalah rahsia Allah. mintak petunjuk jika ada yang tak kena, umpamanya solat hajat. Allah yang menentukan segalanya kita hanya mampu berdoa, usaha dan tawakal.

Anonymous said...

mhmm, rasanya, lebih baik pergi berbekam, banyak darah kotor mungkin.... mungkin sebab itu denyutan di tubuh terlalu banyak....

Anonymous said...

salam semua ....
Semua itu ada dlm kitab Tajul Muluk yg terkenal di kalangan org tua-tua dulu...bg org skrg semua tu karut dan syirik.....(entah lah...)

Fauz

Anonymous said...

Assalamualaikum sekalian.

Aku tak pasti la maksud-maksud denyutan ni syirik atau karut semata-mata. dulu , kawan aku juga pernah mengalami denyutan seluruh badan. dan beberapa minggu lepas tu, aku teman la kawan aku tu pergi jumpa doktor, doktor tu cakap, biasanya denyutan atau gegaran di badan, bermaksud kurang zat-zat makanan seperti sodium, potassium, trisodium dan glucose. ahaks! lagi satu, makanan yang di ambil tak seimbang dan kurang air. :) lepas kawan aku ambil ubat yang di beri doktor tu, alhamdulilah, dia sembuh. tak rimas lagi dengan denyutan di badan dia. so, bagi sape2 yang mengalami denyutan di seluruh badan or di tempat2 tertentu tu, lebih baik pergi jumpa doktor. kalau masih tak sembuh jugak, tak salah kita pergi jumpa ustaz yang pandai mengubat orang. :)

Anonymous said...

boley pecaye ke ney

Anonymous said...

Tak leh caye nih. kalau seluruh tubuh berdenyut tu, maksudnya kekurangan air dan garam dalam badan..
Boleh baca info dekat sini, pengecutan otot bermaksud berlakunya dehidrasi.

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/Dehidrasi.php

Harap dapat membantu dan mengurangkan kesyirikan anda. ;;)

Anonymous said...

betul,kalau tak saya tak perasan denyutan di perut,lepas baca tanda2 kematian,semua urat perut dan pusat berdenyut..saya mula rasa takut.wajar ke percaya ? ada dalam Al-quran ke ? berdenyut tak berhenti dah seminggu.

hanimun said...

sy xfhm la kat bahagian mana......boleh x lukis gmbr ker??? letak petunjuk ker???

Anonymous said...

Teruskan berdoa dan bersedekah.moga moga Allah memanjangkan umur kita.dia yg berkuasa atas segalanya.
InsyaAllah

epy said...

hehe..ada satu yg salah kt atas tu...ubun2 bdnyut:dah nak smpi ajal

Anonymous said...

salam , saya punya perut pula berdenyut macam mana kita nk tahu eya berdenyut disebabkan oleh buah pinggang atau perut betul2 yang berdenyut ?

Anonymous said...

Everything is very open with a clear description of
the issues. It was definitely informative.

Your website is very useful. Thanks for sharing!



my web site; catholic

Anonymous said...

This is a topic which is near to my heart... Cheers! Where are your contact details though?


My blog: golfsmith boca raton grand opening

Anonymous said...

Hey! I know this is somewhat off topic but I was wondering
if you knew where I could get a captcha plugin for my
comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having trouble finding one?
Thanks a lot!

My web site s2000 parts

Anonymous said...

This is very interesting, You are a very skilled blogger.
I have joined your feed and look forward to seeking more
of your excellent post. Also, I have shared your
web site in my social networks!

Feel free to visit my web site - exercises for abs

Anonymous said...

I am regular visitor, how are you everybody? This piece of writing posted at this web page is actually good.


Take a look at my site; http://willowsgolfresort.com

Anonymous said...

Ikut kata hati .

Anonymous said...

semua yang akan terjadi,itu kehendak Allah. Jangan biarkan soal denyutan itu mengganggu fikiran semua. Kerana saat itulah syaitan akan mengambil kesempatan untuk menipu daya kita manusia. Kadang2,takde ape2 pun sebenarnya,just lepas baca info2 tu,syaitan mula menghasut untuk kita terus gelisah dan takut .Saya pun mengalami denyutan2 itu dan pernah merasa ketakutan yang teramat sangat. Satu je yang saya pegang. Jodoh dan Ajal itu RAHSIA Allah. Mati itu datang secara mengejut,bila2 masa sahaja. Harap anda semua rujuk kepada yamg lebih arif.

WALLAHIALA,~

Aurora said...

Assalamualaikum ..
beberapa menjak ni bibir kiri sebelah bawah asyik berdenyut..
sesaje la nk gugel tgk kenapa...
sekali - akan mendapat pekerjaan yang baik
kebetulan mmg ada interview lusa...
baru ingt malas nak g.. tetibe semangat nk g.. hahahah

anyway, kite pun tak tahu kebenarannya...
tapi kalau kite rasa bende tu memberi impak yg baik utk kite..
ok je kot.. cuma jgn la terlalu percaya smpai lupa pada pencipta..n kalau dah berdenyut smpai satu badan tu, baiklah g cek dokter..

setuju dengan pendapat2 kt atas.. kalau muntah tak semestinya mengandung.. guruh tk semestinya hujan ;) Allah lebih mengetahui..

raden said...

Kna bnyok blaja agma lg neh.. nabi dlu ad pkai sudu x msa mkan.. pikir situ dlu.. jgn nk syirik sgt..

raden said...

Kna bnyok blaja agma lg neh.. nabi dlu ad pkai sudu x msa mkan.. pikir situ dlu.. jgn nk syirik sgt..

National park said...

Pelik ko ni byk isi tapi tdk terbuka.. Lucu

National park said...

Mcm org Len x tau berfikir. Ingat pokok2 tiba2 ada klu tuhan xde menciptanya

National park said...

Mcm org Len x tau berfikir. Ingat pokok2 tiba2 ada klu tuhan xde menciptanya

Anonymous said...

Info yg tak boleh percaya. Doesnt make sense at all

Unknown said...

Assalamualaikum..saya pon sama...takut smpai xbole tydo mlm...da 2mggu..skrg awak mcm mne?oke?

Unknown said...

Assalamualaikum..saya pon sama...takut smpai xbole tydo mlm...da 2mggu..skrg awak mcm mne?oke?

Unknown said...

Sy pun baru melalui tanda2 berdenyut di ubun2 dan dahi sy. Sy sgt takut dan mengira ajal sy sudah mendekat :'(

Unknown said...

Sy pun mengalami benda yg sama..rasa takut memanjang..smpi bdn naik sakit2 nie..minta pencerahan ;(

Unknown said...

Rozlina cutieee awk mcm mn skang..ok dah ker..

Unknown said...

Assalammualaikum..awak dah ok ker

Unknown said...

Awak pun penah rasa berdenyut di tngah2 dahi ke sis??sye dah 3hari rasa bnda nie😩

Zainal Samat said...

Macamana keadaan awak sekarang?
Dah tahun 2020 ni...

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top