.
Assalamualaikum...
Firstly, saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjadi Followes saya dan ucapan Terima Kasih juga kepada sesiapa yang sudi menjenguk, menziarah atau sekadar 'tumpang lalu' di blog saya, 'Strange Girl Stories'. Terima Kasih sekali lagi...
Setelah mengeluarkan beberapa entry di blog ini, saya terfikir untuk membuat kelainan pada blog saya. Memandangkan gambar banner blog saya adalah gambar 'Kapal Terbang', tentu ada penziarah/ pembaca blog ini yang terfikir, apa kena mengena Kapal Terbang dengan entry/posting yang saya keluarkan? Macam tak der kena-mengena pun ada...
Baiklah, sebenarnya permulaan tujuan saya membuat blog ini adalah untuk menjadikan ianya sebagai salah satu 'Diari Harian' untuk saya menceritakan kisah suka-duka didalam kehidupan saya. Memandangkan saya adalah bekas student dalam bidang 'Aviation' (bidang penerbangan), saya bercadang untuk berkongsi pengalaman sepanjang melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan. Tetapi setelah membuat pemerhatian dan lawatan dari satu blog ke blog yang lain, saya dapati blog bukan saja sekadar untuk dijadikan diari, tetapi ianya adalah tempat untuk kita menyebarkan informasi. Bukan sekadar kisah hidup yang boleh dijadikan tauladan, politik, tutorial, nasihat/ motivasi, cerita artis, cerita lawak dan berbagai lagi informasi yang boleh kita sebarkan dengan ber'blog. Dan tanpa kita sedari, dengan ber'blog, kita sebenarnya telah melatih diri kita untuk menjadi 'wartawan sambilan' yang menyebarkan informasi dari dalam dan luar negara...(kalau tuan punyer blog tu kat luar negara la...)
hmm... macam-macam ada... wah, ini sudah kalah ASTRO... haha...
Ok, memandangkan saya adalah x-student dalam bidang aviation, saya bercadang untuk menceritakan serba sedikit mengenai kapal udara pada entry yang akan datang... Selain itu, saya juga akan menambah link-link syarikat penerbangan dan link syarikat yang berkaitan dalam industri aviation sama ada dalam bidang composite, avionic, atau manufacturing.
Selain itu, saya akan menambah kategori blog saya dengan kategori 'Misteri' untuk saya menceritakan pengalaman misteri yang pernah saya lalui dalam hidup saya... Kisah benar tau... hehe...
Untuk kategori yang dah ada akan dikekalkan, dan mungkin satu lagi kategori iaitu kategori HTML akan diwujudkan. Saya dapati ramai rakan-rakan blog yang dah pun mempunyai kategori 'tutorial' untuk blog masing-masing. Tujuan saya mewujudkan kategori HTML ini bukan untuk meniru sesiapa yang sudah pun menyebarkan tutorial-tutorial yang berkenaan, tetapi ini adalah untuk rujukan saya sendiri dimasa akan datang sekiranya saya ingin mengubah template blog dan sebagainya...
Ok lah,
sekian sahaja celoteh saya untuk kali ini...
.
5+1 Amalan Individu Bermotivasi Tinggi
1 month ago
3 Kata Pelawat:
yup! betul la tu..
kongsi info boleh buat lagi menarik...
teruskan..
hehe...
Salam Alaik...Terima kasih Sudi Melawat blog saya..hope boleh bertukar tukar ilmu dan cerita..nice blog and gud luck
menteil: hmm... yup!.. akan diusahakan nanti...
Pengenbara Sepi: Insya'Allah... Terima kasih juga sudi melawat blog saya...
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment
Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...