.
Entry kali ni saya ambil 1 artikel dari blog Semut2comel, dimana artikel ini menceritakan bagaimana untuk kita mengatasi rasa takut, tidak percaya diri, dan bagaimana menjadi manusia yang optimis. Saya tertarik untuk mengambil arikel ini kerana saya juga ada kalanya menghadapi masalah ini, iaitu tidak yakin diri dan kurang optimistik.. Semoga artikel yang diambil ini memberi manfaat kepada saya dan sesiapa yang membacanya...
Kenapa Harus Takut?
Kenapa harus takut sedangkan kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita. Kenapa harus takut sedangkan kita tahu, qada' dan qadar Tuhan sudah tertulis untuk kita. dan tiap apa yang berlaku, tiada yang untuk sia-sia, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita sepatutnya optimis. Semalam adalah sejarah yang tidak mungkin akan berulang dan esok adalah mimpi yang belum pasti menjelma.
Kita hidup hari ini bergantung kepada apa yang telah kita usahakan selama ini. kehidupan hari ini adalah untuk hari esok maka kita seharusnya menggunakan dan memanfaatkan apa yang kita ada hari ini dengan sebaik mungkin. Dan rugilah seseorang manusia itu jika hari yang di lalui lebih teruk dari sebelumnya, maka, tanamkan dalam diri, hari esok masih ada dan bisikkan sentiasa kepada diri sendiri, "aku ingin jadi lebih baik dari sebelumnya".
Kenapa harus takut sedangkan kita tahu di kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat menemani kita. Kenapa harus takut sedangkan kita tahu, Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Dia juga Maha Adil.. Mungkin kita akan berhadapan dengan sesuatu masalah, tapi ingat, kita pasti mampu mengharunginya kerana janji Allah, Dia hanya akan menguji hambaNya yang mampu menggalasnya. Untuk kita apa yang kita usahakan dan Allah tidak akan sekali-kali menganiaya hambaNya.
Bagaimana Ingin Positif?
Kita adalah sahabat yang paling baik untuk diri kita. Kita yang lebih mengetahui apa yang kita suka atau tidak selain Allah swt. Kita tahu mana kelemahan dan kekuatan kita. Cuba catatkan di sehelai kertas, apakah keistimewaan kita dan apa pula kelemahan kita.
Cuba cari kelemahan kita sebelum ia memudaratkan kita di kemudian hari. dan kadangkala, kita tidak tahu di mana kelemahan kita, maka di sini, kita perlukan bantuan orang sekeliling yang kita percayai. Cuba heart to heart dengan mereka, tanya mereka dengan berhikmah, apa kelebihan dan kekurangan kita, mungkin ibubapa dan adik beradik serta kawan rapat boleh membantu. Dan catatkan semua kelemahan kita itu.
Seterusnya, setelah kita tahu apa kelemahan kita, kita harus tahu kenapa kita jadi demikian. Kaji punca permasalahan berikut, adakah kita jadi begitu kerana kita selesa begitu, atau kerana persekitaran yang memaksa atau kenapa? setelah tahu apa punca masalah, maka tiba masanya untuk mencari jalan bagaimana cara menyelesaikannya.
Guna Kekuatan untuk Mengalahkan Kelemahan.
Salah satu cara adalah dengan menggunakan kelemahan yang kita ada untuk menundukkan dan menghakis kelemahan dalam diri. Contohnya kita tahu kita tiada keyakinan diri, kita tahu kita tidak yakin kerana kakak yang selalu mengongkong kita. Dan kita tahu kekuatan kita adalah kita bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Maka, kita gunakan kekuatan kita itu untuk mengatasi sikap tidak yakin itu. Kita gunakan kakak yang suka mengongkong sebagai 'penunjuk jalan' tapi cukup sekadar tunjuk dan selebihnya untuk menilai dan membuat keputusan biarlah sepenuhnya terletak di tangan kita.
Contoh lain, kita ini tidak matang, puncanya kerana kita bergaul dengan orang yang tidak matang, tapi kelebihan kita adalah kita suka menakwil itu dan ini, maka kita guna kelebihan kita yang suka sesuatu yang baru, yang mencabar dan membina untuk mengatasi sikap tidak matang itu. cuba keluar dari kelompok yang kita ada, jangan terlalu lama berada di zon selesa, sekali sekala kita harus cabar kemampuan diri kita. mencuba sesuatu yang baru atau bergaul dengan kelompok yang baru. Jangan takut mencuba asalkan kita tahu tahap kemampuan kita, insyaAllah, jika niat kita baik, Allah akan permudahkan jalan kita.
Banyakkan Pergaulan.
Cuba luaskan skop pergaulan, jangan menumpukan persahabatan kita hanya kepada kumpulan-kumpulan yang tertentu, lebih ramai kawan yang kita miliki, lebih terbuka minda kita. Ini kerana setiap orang ada cara dan tahap pemikiran yang berbeza, melalui pergaulan dengan mereka, sedikit sebanyak dapat mencambahkan lagi pemikiran kita dan tidak tertutup di tahap yang sama sepanjang masa.
Bercakap dan berkongsi idea itu penting, bayangkan, melalui perbincangan, anggap kita punyai sebiji apel, dan kawan kita pun ada sebiji apel, bila ditukarkan apel. masing-masing tetap mempunyai sebiji epal. berbeza dengan pertukaran idea atau pendapat, kita masing2 akan mempunyai dua pendapat dan cuba bayangkan jika kita bertukar2 pendapat dengan 10 atau 20 orang manusia, maka secara tidak langsung kita ada 10-20 pendapat yang berbeza, siapa yang untung? kita! dan bagaimana ingin mendapatkannya? melalui pergaulan dengan mereka. selagi kita tahu batasan dan tuntutan syarak, bergaulah sesama manusia. tujuan kita di ciptakan pelbagai kaum dan bangsa juga adalah supaya kita dapat bergaul sesama kita dan saling mengenali antara satu sama lain. Allah ciptakan sesuatu tiada yang untuk sia-sia.
Bercakap bila perlu dan berkatalah sesuatu yang benar. Jangan sekali-kali menipu atau tidak jujur dalam persahabatan. Tidak semestinya dengan banyak bercakap kita di terima dalam sesuatu komuniti. Tuhan ciptakan kita dua telinga dan cuma satu mulut, lebihkan mendengar dan kena tahu bila masa yang sesuai untuk berkata-kata.
Jika tidak tahu, jangan malu bertanya dan ingat, kebijaksanaan seseorang selalunya di nilai melalui soalannya, bukan melalui jawapan jadi sebelum berkata-kata, kita harus berfikir. banyakkan senyuman dan sentiasa memberi reaksi yang positif dalam berbicara. kita harus menjadi orang yang di senangi supaya dapat di terima dalam sesuatu komuniti dan yang paling penting, jadilah diri sendiri kerana yang palsu walaupun secantik berlian, pasti tidak akan mampu bertahan lama. Bila kita di senangi, insyaAllah, sifat tidak yakin dan takut itu dengan sendirinya akan hilang. Dengan izin Allah.
Banyakkan Membaca.
Membaca jambatan ilmu penyulih hidup. Kebanyakan manusia belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman dan belajar dari persekitaran, tidak kurang dari itu, ramai juga yang belajar dari buku. Buku adalah teman yang terbaik. Buku adalah teman yang paling setia. Banyak ilmu yang boleh kita cedok dari buku. Maka, rajin-rajinkan diri untuk membaca, pelbagaikan dan variasikan jenis bacaan, jangan hanya tumpukan kepada novel semata-mata.
Kita juga haruslah luaskan skop dan izinkan minda kita untuk terus bercambah melalui pembacaan. Pembelajaran sesungguhnya suatu proses yang tidak tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata dan tidak bermakna akan tamat setelah kita habis pengajian. Ia suatu proses yang sentiasa berterusan dan ia tidak akan berakhir sehinggalah kita menutup mata dan di kafankan. Yang penting, buka hati dan minda dan izinkan diri kita fizikal dan mental untuk menerima segala ilmu yang terbentang di hadapan kita.
Masa untuk Diri Sendiri.
Tuhan pinjamkan jasad dan nyawa ini untuk kita manfaatkan sebaik mungkin, supaya kita mengumpul bekal sebelum di jemput pulang menghadapNya. Hidup ini cuma sementara maka kita haruslah menggunakan anugerah yang Allah pinjamkan ini dengan sebaik yang mungkin. Kita ingin bahagia, dunia dan akhirat. Bisikkan kepada diri sendiri, apa yang kita inginkan. Yakinkan diri kita. Setiap pagi bangun tidur, cakap kepada diri sendiri, apa yang ingin kita capai dan jika boleh, catatkan atau bagitahu orang lain apa cita-cita kita dan sebelum tidur, semak balik, adakah apa yang kita inginkan hari itu berjaya kita miliki?
Masa untuk diri sendiri perlu. dan penuhi dengan sebaik mungkin. hubungan dengan Tuhan harus di jaga, setiap hari dan setiap detik, jangan sekali-kali lupakan dia. masa untuk diri sendiri ini manfaatkan sebaik mungkin untuk mengadu dan memohon dariNya. luahkan rasa kasih dan cinta kita kepadaNya melalu bacaan quran, bertasbih bertasmid dan perbanyakkan sujud kepadanya. Jiwa manusia mudah merasa kosong dan hilang perdoman. maka dengan mendekatkan diri kepadaNya, insyaAllah kekosongan itu dapati di isi, gantunglah harapan dan mohonlah bantuan hanya dari Dia. perbanyakkan berdoa kerana melalui doa ini mengeratkan lagi hubungan kita dengan Tuhan, dan melalui doa ini juga, membuktikan keyakinan kita kepada Allah. mudah-mudahan, Allah mendengar segala rayuan kita dan makbulkan segala doa kita.
Hari baru adalah hidup baru. Pandang kehadapan dan optimislah. Dengan bersedih, kita tidak akan mampu maju kehadapan. dengan sifat tidak yakin kepada diri, kita tidak akan berani mencuba sesuatu yang baru. jangan sekali-kali membelenggu diri kita dengan bisikan syaitan yang selalu menakut-nakutkan kita, bisikan syaitan yang membuat kita berasa was-was dan syaitan suka menakut-nakutkan manusia supaya kita sentiasa kekal di tahap lama dan tidak maju kehadapan. jangan sekali-kali biarkan agenda jahat syaitan berjaya, tingkatkan keyakinan kepada Allah dan pupuk rasa yakin kepada diri sendiri.
Kesimpulan.
Allah tidak akan membantu sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha membantu diri mereka, berusahalan untuk mencapai apa yang kita inginkan, jangan sekali-kali mudah mengalah dan berputus asa. terjatuh tidak mengapa asalkan kita mencuba. jangan hanya berpeluk tubuh, itu perbuatan yang sia-sia dan merugikan, bangunlah dan berlarilah mengejar cita-cita, expect for the best but at the same time prepared for the worst. kita tidak tahu bagaimana rasanya sakit andai kita tidak pernah terluka, maka, jika kita ingin tahu bagaimana dan bagaimana, tiada jalan singkat untuk merasainya melainkan kita sendiri yang melaluinya. belajar dari kesilapan lebih besar maknanya daripada tidak pernah silap dan tidak pernah belajar. kosong. tiada maknanya.
Berjalan kehadapan, bukan ke belakang. belajarlah bagaimana untuk bertatih insyaAllah esok hari kita tahu bagaimana berlari dan menari. Hidup penuh dengan cabaran dan kejutan. Kita manusia biasa pastinya tidak terkecuali. Nikmati hidup yang singkat ini sebaik mungkin. Dunia ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat sana tempatnya untuk kita mengutip hasil.. di kanan kita syurga, di kiri kita neraka..semuanya terserah kepada kita untuk memilih haluan kita kelak.
Sekian posting kali ini... Semoga kita mengambil iktibar dari nasihat yang diberi.
Arigato...
.
5+1 Amalan Individu Bermotivasi Tinggi
1 month ago
0 Kata Pelawat:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment
Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...