Mutiara Kata



Kisah Abu dan Bakar

.
Pada suatu masa, ada dua orang sahabat baik, Abu dan Bakar. Mereka berkawan baik sejak kecil. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua orang manusia yang lain hati dan minda. Suatu hari, Abu secara tidak sengaja telah menyakiti hati Bakar. Bakar bersedih lalu menulis di atas pasir, mencatat apa yang di lakukan oleh Abu terhadapnya. Abu melihatnya dan setelah bermaaf-maafan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Suatu hari, Bakar di dalam kesulitan dan Abu dengan segera membantu Bakar. Bakar sangat berterima kasih lalu mengukir di atas batu kebaikan yang telah Abu lakukan terhadapnya. Abu yang melihatnya kehairanan lalu bertanya.

"Kenapa tempoh hari semasa aku menyakiti hati kamu, kamu menulis di atas pasir dan sekarang bila aku membantu kamu, kamu menulisnya pula di atas batu?"


Bakar menjawab:

"Jika kita menulis di atas pasir, ia tidak akan kekal lama. bila angin datang meniup pasir-pasir tersebut akan hilang dan seterusnya apa yg aku tulis juga akan hilang. tapi aku menulis kebaikan kamu di atas batu supaya ia terus kekal di situ lebih lama, sampai bila-bila"

"Begitu juga hati aku, aku akan memaafkan kamu di atas kesilapan kamu dan segera melupakannya..tapi kebaikan yang telah kamu lakukan padaku, tak mungkin akan aku lupa sampai bila-bila.."


Moral of the story:

Dalam menempuhi kehidupan ini, pelbagai dugaan dan ujian datang menduga. dalam kehidupan ini juga kita akan bertemu dengan pelbagai ragam orang. ada yang menghiburkan dan ada yang menyakitkan. pengalaman yang di kutip juga ada yang manis dan ada yang pahit mengalahkan hempedu. Namun ingatlah, jangan simpan semua kisah sedih itu di dalam hati dan minda. Jangan di kenang dan di imbas berulang2 kali. Kelak hanya akan menambah luka di hati. Dan selamanya luka itu tidak akan sembuh. Lalu jadilah kita orang yang sentiasa bermasam muka, bersedih hati lalu tiada semangat hidup. Tiada semangat untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Ubat hati yang paling mujarab adalah memaafkan dan melupakan segala kisah yang sedih dan hampa. untuk menjadi seorang yang bahagia kita sepatutnya menutup lembaran kisah duka, simpan kemas dan rapi dalam lipatan sejarah dan usah di kenang semula. biarkan kisah sedih itu terus kusam dan memburuk di situ dan biarkan ia lupus. Hidup ini penuh dengan warna-warni, maka teruskan hidup dengan mencari sinar baru yang lebih baik. terokailah hidup yang indah ini dengan azam dan semangat baru. InsyaAllah kebahagiaan yang di cari pasti akan di temui.

Orang yang suka mengenang hari yang lepas adalah orang yang rugi. Selalu bersedih mengenangkan perkara yang sudah tiada tidak menguntungkan. Sesungguhnya perkara yang sudah berlalu tidak mungkin dan mustahil akan berulang lagi. Menangis berairmatakan darah juga tidak mungkin dapat mengubah sejarah. Hari lepas adalah sejarah yang tidak mungkin berulang dan hari esok adalah suatu mimpi yang tidak pasti..namun kita harus tabah dan berani menghadapi realiti kehidupan. Kita hidup kerana hari yang lalu namun hari esok tak semestinya milik kita. hanya Dia yang Tahu...
Peace...

peacepeacepeace

Sumber: Semut2comel
.
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

0 Kata Pelawat:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top