Salam...
Dibawah ni adalah baju-baju yang saya beli di Rantau Panjang, Kelantan. Secara jujurnya dalam membeli, saya ni tak pantai dalam hal tawar-menawar. Kalau tawar pun, saya tawar dalam seringgit dua sahaja dari harga yang dah diturunkan... Misalnya dia kata, "Harga baju ni RM 29. Tapi saya kasi kat adik, RM25 sahaja." So, biasanya saya akan mintak tawar RM20.. dan Tuan kedai akan turunkan harga sikit dalam RM23. Paling murah Tuan kedai akan turunkan harga pun dalam RM21. Saya tak tahu la kalau orang lain boleh dapat lagi murah dari nih. Sebab, seperti yang saya katakan, saya ni tak pandai dalam tawar-menawar... huhu..

Pejamas nih RM11 jer..
Ni.. beli kat Pangkalan Kubor... bukan Rantau Panjang..huhu..
Selain tu, dalam menjalankan jual-beli, saya amalkan utk 'tidak menyusahkan si penjual dan si penjual tidak menyusahkan si pembeli...' Jadi bila Tuan kedai dah beri kita harga yang kita rasa ok, dan kita pun rasa Tuan kedai boleh dpt pulang balik modal dalam niaga', barulah beli barang yang ditawar tu... Tapi kalau rasa 'Tuan kedai nak kaut untung lebih dari yang sepatutnya', lebih baik jangan beli barang tu...
Saya ada seorang kawan yang biasa dalam membeli-belah di Beijing, China. Kalau nak beli barang kat sana kena bergaduh katanya... Sebab peniaga di China akan letakkan harga dua kali ganda dari harga sebenar. So, mesti kena tawar.. Nak tawar pun biasanya akan tawar separuh harga dari harga yang peniaga beri.. dan masa nak tawar tu, siap kena maki-hamun lagi dengan Si peniaga.. sampai dikatanya si pembeli ni GILA dan sebagainya. Senang citer, kena pandai bergaduh la kalau nak beli barang di China.. hik..hik..

Bukannya apa... sebenarnya peniaga di China ni nak dapat untung lebih dari pelancong asing.. Itu yang dia letak harga mahal-mahal tu....

Oklah, yang di atas ni pula adalah barang yang saya beli di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Penyu biru (saiz besar) ni saya beli dengan harga RM19. Sebelum tawar, harga penyu ni RM25. Tuan kedai tu bagi tawar harga RM20.. Saya mintak tawar RM15-18, sebab ada kedai lain yang ada tawarkan patung penyu ni dgn harga RM18 (lepas tawar). Saya dah berkenan nak beli penyu biru tu dari kedai pertama yang dpt tawar harga RM18. Tapi disebabkan kakak saya perlu beli kain sutera batik yang dipesan oleh Mak Cik saya, jadi kami pergi pilih kain sutera batik dahulu dan sampai la kat kedai lain yang juga ada jual penyu biru ni... Bila tawar, Tuan kedai last nya nak jual dgn harga RM19...




Semasa pergi membelek-belek kain sutera batik kat Pasar Payang nih, saya ada berkenan dengan satu kain ni... Dari mata saya, kain ni lawa betul...


Anyway, sepanjang berjalan di Pasar Payang nih, terfikir juga saya kalau dapat buka 1 kedai jual kain dan baju kat kampung saya ni.. Tapi mana nak cari pemborongnya? dan bagaimana nak mula?


Oklah...
sekian bebelan saya untuk kali ni...

.

0 Kata Pelawat:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...