Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca dan memberi komen di blog saya yang tak seberapa ini. Terima Kasih juga saya ucapkan kerana sudi membaca keterangan tentang diri saya yang tak sehebat blogger-blogger lain di Alam Blog ini. Dibawah ni ada GuestBook. Jemputlah Sign GuestBook nih, ya...
Siapa Saya?
Di Alam Blog ini, saya lebih dikenali dengan panggilan Akuro San. Sebuah nama Jepun yang telah di'transfer'kan dari nama sebenar saya. Nama Jepun yang penuhnya adalah Akuro Matsuzawa. Tetapi untuk memudahkan panggilan, saya jadikan ia 'Akuro San'. Mahu menukar nama kamu kepada nama Jepun? Kamu boleh lakukannya di sini...
Kenapa Mesti nama Jepun? Kenapa Tak Nama Korea ker...huhu...
Ok, salah satu sebabnya, kerana saya sangat meminati drama Jepun dari masa saya kecil lagi. Kartun Jepun? Jangan cerita la... dah tentu minat punyer... Siapa jer yang tak pernah tengok kartun Jepun? Saya yakin, majoriti kanak-kanak kat Malaysia ni membesar dengan Kartun Jepun. Tak percaya? Ok, cuba beritahu saya, kartun Ultraman berasal dari mana? Kartun Doraemon pula berasal dari mana? Gaban? Card Captor Sakura? Naruto? Semuanya Jepun...kan? Selain dari kartun dan drama, mendengar lagu-lagu Jepun juga menjadi pilihan saya selain mendengar lagu Melayu, Inggeris, Korea dan Indonesia. Antara Artis Jepun yang saya minati adalah Yui dan Ayumi Hamasaki.
http://maksujabbar.blogspot.com/
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa URL saya 'maksujabbar'? Aper dah tak der nama lain nak letak? hehe... Sebenarnya 'Maksu' adalah panggilan diri saya dalam keluarga, dan 'Jabbar' adalah nama satu-satunya anak saudara saya iaitu cucu kepada Mak dan Bapa saya. Jadi, 'Maksu' adalah Mak Cik kepada 'Jabbar'. That's All...
Pengajian
Saya adalah graduate student dari bidang Aviation dalam peringkat Diploma di Dengkil, Sepang. Sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam peringkat Sijil Elektrik & Elektronik dan pernah bersekolah di Sek. Men. Tek. Melaka Tengah. Selain itu, Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu, Sekolah Rendah Kebangsaan Gersik, Sekolah Agama Gersik, dan Tabika Kemas Gersik juga adalah tempat yang pernah saya jejaki untuk menuntut ilmu...
Kenapa Berblog?
Dari awal saya mengenali apa itu komputer dan internet, saya sudah memasang angan-angan untuk memiliki sebuah Laman Web sendiri di internet. Kalau dulu-dulu, saya pernah ada Laman Web 'Card Captor Sakura' di Geocities. Laman Web yang dibina menggunakan Front Page dan ber'style kebudak-budakan itu tidak bertahan lama kerana kesukaran untuk mendapatkan 'line internet' (maklum la, masa tu cuma guna Dail-Up JARING jer... Abis top-up, terus tak leh serve internet lagi.) dan kesibukan melanjutkan pelajaran di Sekolah Teknik... Jadi Website tu telah hilang begitu sahaja. Kemudian, saya ada membuka Web Blog di tblog.com dan Blogdrive. Bagi sesiapa yang nak melihat blog saya di tblog, boleh klik sini... What ever pun, blog tu dah tak der apa-apa dah... Yang dekat Blogdrive, saya dah delete akaun dia. Oh ya, sebelum ni saya pernah juga aktif di Fotopages. Tapi disebabkan saya dah tak aktif di situ, jadi saya dah pasang password di Web Fotopages tu...
Jadi senang cerita, saya berblog di Blogspot ni sekadar untuk terus aktif dan tidak mahu ketinggalan zaman dalam perkembangan dunia komputer dan internet atau lebih mudahnya, tidak mahu dikatakan 'Buta IT'. Memang rasa kurang standard dan berisiko tinggi bila mempunyai webblog yang 'menumpang' di Web Hosting orang lain. Tapi buat masa ini, hanya ini sajalah yang saya mampu ada. Doakan lah agar Allah s.w.t memberikan saya rezeki yang melimpah, Insya'Allah... akan saya beli web hosting dan domain untuk web blog saya sendiri disuatu masa nanti...
Blog 'Strange Girl stories' nih tak ada kategori tetap sebenarnya. Ia boleh dikatakan sebuah Blog Rojak bagi saya. Selain itu, saya ada lagi satu blog, 'Resepi Budak Muar'. Bagi sesiapa yang suka memasak, suka makan dan suka melihat gambar makanan, anda dijemput untuk menerjah ke blog berkenaan...
Penutup
Ok, itu saja cerita mengenai diri saya dan blog.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu menghubungi saya, boleh la menghantar email kepada saya di nur.keistimewaan@gmail.com
Sekian, saja dari saya...
Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu menghubungi saya, boleh la menghantar email kepada saya di nur.keistimewaan@gmail.com
Sekian, saja dari saya...
Akuro San...