Mutiara Kata



My Short Stories..

Ada macam-macam yang nak saya ceritakan sebenarnya. Untuk memudahkan pembacaan, biar saya cerita secara ringkasan sahaja.


~ Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Azahamin kerana telah memilih saya sebagai pemenang untuk contest 'Selamat Pengantin Baru' yang telah diadakan pada 9 Jun 2009 yang lepas. Kepada sesiapa yang masih belum membaca sambungan cerita yang saya buat untuk contest ini, kamu boleh membacanya disini... Hadiah yang diberikan adalah 'Hosting 1GB with 10GB bandwith for 1 year + Domain for 1 year + A collection of Audio Talk on Love Management'. ARIGATO GOSAIMAS buat Azah...

~ Terima kasih saya ucapkan kepada Fifie Ierina dan iza~de~bintang kerana menegur blog saya yang tidak boleh diberikan komen. Sebenarnya, saya pun tak pasti macam mana bahagian komen tu boleh jadi macam tuh. Apa pun, saya dah pun mengubah 'setting' pada bahagian komen tu. Harap, takkan ada apa-apa masalah lagi untuk meninggalkan komen pada entry saya ya...

~ Esok, 19 Julai 2009, akan diadakan 'Majlis Kenduri Kesyukuran' dirumah saya. Majlis ini dibuat atas nazar mak saya, iaitu;

- Abang no. 3 yang sudah mendapat pekerjaan setelah bergelar penganggur selama lebih kurang 3 tahun.
- Berjaya menyelesaikan hutang belajar Abg Long saya dengan pihak HPJ.
- Dan kejayaan saya menamatkan pengajian di UniKL MIAT.

~ Semalam saya telah mendapat tempat untuk bekerja disebuah Kedai Baju dikampung saya. Gaji yang diberikan, sehari RM17. Tak boleh cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi buat masa nih, saya belum mula bekerja lagi. Saya confirm'kan dengan Tokeh Kedai untuk mula bekerja pada 17 Ogos 2009. Harap-harap, tokeh kedai tu tak cari orang lain yerk... Sebelum nih pernah isi borang untuk kerja di sebuah Farmasi, tetapi tiada jawapan. Pernah isi borang kerja part time 7eleven. Syukur juga tak kerja disitu, sebab dah ada yang mengingatkan pasal ARAK yang dijual di 7eleven. Mujur saya tak kerja disitu.

~ 14 Julai 2009 yang lepas, arnab yang saya bela telah beranak buat kali yang ke-3. Beranak 12 ekor, tetapi sekor pun tak hidup. Sungguh saya tak tahu nak buat macam mana. Sebelum ni dah pernah beranak 11 ekor, pun mati semua sekali. Sayang betul. Ibu arnab tu tak nak menyusukan anak dia. Kepada sesiapa yang membaca entry ini, dan pernah mempunyai pengalaman membela arnab, harap dapat memberikan tips kepada saya, bagaimana caranya nak membela anak arnab yang baru lepas beranak nih. Sedih saya tengok. Setiap kali beranak, pasti akan mati semuanya...

~ 25 dan 26 Julai 2009, tempat belajar saya, UniKL MIAT akan mengadakan AEROCARNIVAL buat kali yang ke-2. Insya'Allah kalau sempat, saya akan menjejakkan kaki ke sana. Kalau Aerocarnival yang sebelum nih, ada dibuat sesi untuk interview kepada sesiapa yang nak mencari pekerjaan dalam bidang Aviation. Tapi untuk kali ke-2 nih, tak tahu la ada ker tidak. Agaknya kalau dapat hantar resume jer pun, dah kira ok kot. Kalau nak interview time tuh, rasa macam tak sedialah pulak...

~ 14, 15, dan 16 Ogos 2009 akan datang, akan diadakan rombongan ke Kelantan dan Terengganu under UMNO di kampung saya. Saya dan Mak, adalah salah seorang yang terpilih untuk menyertai rombongan berkenaan. (Bekas AJK UMNO la konon-kononnya... tu yang dapat pergi tu... hehe...)

Ok, sekian saja celoteh saya untuk kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada kamu yang sudi membaca celoteh saya ni sampai habis. hehe...
Thanks...
Blog Widget by LinkWithin

Untuk pengetahuan pengunjung, Blog ini tidak lagi aktif dan saya sudah pun berpindah ke Blog Wordpress.org. Terima Kasih diatas sokongan anda sebelum ini.
Sudi-sudilah mengujungi Blog Wordpress saya di sini...
ANOTHER STRANGE GIRL STORIES

5 Kata Pelawat:

emak said...

tahniah krn brjya mmngi contest tu..da bce cte awak,bez2

zool said...

Semoga berjaya selalu..
Saya paham perasan abg awak..
Saya pun penah menganggur 2 tahun lebih..
Sedih wooo..

AkuroSan said...

En. Azizan: Thanks, sbb sudi baca...

zool: betul tu, mmg sedih. lebih2 lagi bila tgk rakan2 yg lain dah kerja, dah boleh kumpul duit... hurmm, sadis...

Unknown said...

Superb blog............!
For photo designing template & make your photo more attractive and good looking
http://elegantmemorials.com/funeral-programs

Blogger said...

This is how my partner Wesley Virgin's biography starts in this SHOCKING and controversial VIDEO.

As a matter of fact, Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "self mind control" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.

THESE are the EXACT same methods lots of famous people (notably those who "come out of nowhere") and elite business people used to become rich and successful.

You probably know that you use less than 10% of your brain.

Mostly, that's because the majority of your brain's power is UNTAPPED.

Perhaps this thought has even occurred INSIDE OF YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head 7 years back, while riding a non-registered, beat-up garbage bucket of a car with a suspended license and with $3 on his bank card.

"I'm absolutely frustrated with going through life paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"

You took part in those types of questions, right?

Your success story is waiting to be written. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

CLICK HERE To Find Out How To Become A MILLIONAIRE

Post a Comment

Terima Kasih, kerana sudi berbicara di sini...





Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Edited By AkuroSan | Kontes Review Klinik Cinta | Contest SEO Eridy | Best View: Firefox | Top